Showing posts with label All Proposals 2010sem1. Show all posts
Showing posts with label All Proposals 2010sem1. Show all posts

Monday, August 23, 2010

PROPOSAL KUMP.KATARSIS

Tajuk

Perkaitan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Tujuan/soalan kajian

1.      Memenuhi keperluan Kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.

2.      Melihat hubungan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi.

3.      Mengenalpasti perbezaan jenis personaliti dengan dimensi emosi mengikut jantina dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kampus Bangi.

Rasional

Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti sering berhadapan dengan banyak permasalahan yang akan menimbulkan pelbagai emosi. Melalui sikap yang ditonjolkan oleh pelajar tersebut, kita dapat mengetahui bagaimana seseorang meregulasikan emosinya. Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti jenis personaliti dan hubungannnya dengan dimensi-dimensi emosi yang akan ditunjukkan seperti emotional sef-awareness, assertiveness, interpersonal relationship, stress tolerance, impulse control dan happiness.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah survei dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada Big Five Factors (or Five Factor Model, FFM) dan Baron Emotional Quotient Inventory (Baron EQ-I). Borang soal selidik tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

 

              i.      Bahagian A - Maklumat sosiodemografi responden

            ii.      Bahagian B - Big Five Factors ( Mengukur personaliti responden)

          iii.      Bahagian C - Baron EQ-I (Dimensi emosi)

 

Responden kajian pula terdiri daripada 100 orang pelajar UKM, Bangi iaitu 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan.

 

Aturcara pengumpulan data yang akan dilaksanakan ialah:

1.      Mencari maklumat untuk menentukan tajuk kajian yang akan dilakukan

2.      Mendapatkan inventori yang bersesuaian dengan kajian

3.      Menterjemah inventori tersebut dalam Bahasa Melayu dan memilih item-item yang bersesuaian dengan kajian.

4.      Membina soal selidik

5.      Menyediakan dan menghantar proposal

6.      Mengedarkan borang soal selidik

7.      Mengumpul dan menganalisis borang soal selidik

8.      Menyiapkan dan menghantar laporan.

 

Data-data yang diperoleh daripada responden kajian akan direkodkan dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Perisian SPSS versi 16.0 akan digunakan menghasilkan output kajian. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah metod korelasi dan t-test. Metod korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi. Metod t-test pula digunakan untuk mengalisis pembolehubah jantina. Metod T-test pula digunakan kerana data jantina adalah data jenis nominal dan terdiri daripada 2 kategori sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Hasil-hasil output akan diinterpretasi bagi menjelaskan sama ada terdapat perbezaan antara jantina dengan jenis personaliti dan dimensi emosi.

Jangkaan dapatan

Setiap individu akan mempamerkan reaksi emosi yang berbeza walaupun dalam situasi yang sama. Jadi, emosi berguna untuk membezakan personaliti seseorang individu dengan individu yang lain. Contohnya, dalam situasi seperti musim peperiksaan akan menyebabkan seseorang pelajar akan berasa tertekan dan menunjukkan pelbagai reaksi emosi negatif seperti takut dan bimbang. Manakala, bagi sesetengah pelajar yang telah bersedia pula akan berasa tenang sahaja untuk menghadapi peperiksaan.

            Di samping itu, individu yang mempunyai personaliti ekstrovert yang tinggi dan personaliti neurotism yang rendah akan berasa lebih gembira daripada aspek jantina, etnik, umur dan perbezaan demografi. Individu yang mempunyai personaliti neurotism yang tinggi pula lebih bersifat muram, mudah tersentuh, panas baran, cemas, pesimis dan suka merungut. Jadi, individu yang mempunyai personaliti neurotism yang tinggi mengalami emosi yang lebih negatif berbandiung daripada individu yang rendah neurotismnya apabila berhadapan dengan situasi yang tidak menggembirakan. Mereka yang tinggi personaliti persetujuannya (agreeableness) turut mempunyai dimensi emosi yang tinggi dalam kesemua dimensi emosi tersebut kecuali dimensi impulse control.

            Selain itu, aspek jantina pula menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mempamerkan emosi yang dialami berbanding dengan lelaki. Hal ini disebabkan kebanyakan lelaki tidak suka mempamerkan emosi yang mereka alami. Misalnya, wanita lebih suka menonjolkan emosi-emosi seperti gembira, marah, sedih dan takut. Sebaliknya, secara fisiologi, lelaki lebih mudah mengalami tahap bangkitan emosi yang lebih tinggi, tetapi boleh menyembunyikannya. Kebiasaanya lelaki memilih untuk menyembunyikan emosi yang dialami kerana faktor-faktor tertentu seperti menjaga maruah dan ego yang lebih tinggi berbanding perempuan.

 

 

 

 

Proposal Kumpulan Amaya

Proposal Kumpulan Amaya

 

Tajuk :

Pengurusan Emosi dalam kalangan Perantau di UKM Menjelang Hari Lebaran.

 

Objektif Kajian :

1)      Bagaimanakah seorang perantau menguruskan emosi sedih?

2)      Apakah antara cabaran yang harus dihadapi bagi menguruskan emosi berkenaan?

 

Rasional Kajian :

      Rasional pertama pemilihan tajuk ini adalah kerana kami tertarik untuk mengkaji sebahagian emosi yang dirasakan ketika menjelangnya lebaran.Disamping bergembira,pasti ada yang menyambutnya dgn hati yang duka.Disini kami ingin mengkaji pengaruh emosi sedih terhadap minda dan fizikal seseorang.Selain itu,kami juga ingin mendedahkan kesedihan yang dialami perantau bagi meneruskan perjuangan sama ada yang mencari ilmu atau pun yang mencari nafkah demi keluarga.Sebahagian besar daripada kita tidak pernah kisah akan perkara ini kerana kita masih berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga.Malah,daripada kajian yang bakal kami jalankan ini,kami ingin mempelajari nilai dan etika serta perinsip perantau-perantau ini dalam mengurus emosi sedih yang dirasakan akibat berjauhan dengan yang tersayang.Agar kami dapat mempersiapkan diri untuk lebih cekal sekiranya kami terpakasa berjauhan dengan keluarga satu hari nanti.

 

Kaedah Kajian :

Kaedah kajian merupakan salah satu cara yang telah dilakukan untuk mendapatkan informasi dari informan mengenai apa yang akan dikaji. Bagi mendapatkan hasil kajian ini kumpulan kami telah menjalankan satu kaedah iaitu temu bual. Pendekatan ini telah di lakukan terhadap beberapa informan kami yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih iaitu pengurusan emosi dalam kalangan perantau di UKM menjelang hari lebaran. Antara informan yang bakal temu bual adalah seperti pelajar yang berasal dari Indonesia dan Thailand , pekerja kefeteria dan felo kolej. Satu borang telah di sediakan terlebih dahulu untuk memastikan sama ada informan bersetuju untuk di temu bual. Sekiranya perkara ini sudah jelas dan informan juga bersetuju untuk di temu bual, mereka telah di hubungi oleh kami sebelum sesi temu bual dilakukan untuk menetapkan hari dan waktu yang sesuai. Pada hari dimana sesi temu bual di jalankan, kami telah merakam dan merekodkan setiap minit temu bual bersama informan tersebu melalui kaedah 'note-taking'. Kesemua maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sesi temu bual tersebut telah dihasilkan semula dalam bentuk ayat dan ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi penganalisaan data dilakukan. Kesimpulan telah dibuat terhadap apa yang menjawab kepada tujuan kajian ini dilakukan, seperti bagaimana cara yang telah di ambil oleh informan dalam menguruskan emosi serta masalah ataupan cabaran yang di hadapi dalam menguruskannya.

 

Jangkaan Dapatan :

Sudah menjadi kemestian menjelang Aidilfitri semua anak muda yang berada di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk merayakannya bersama keluarga dan sahabat handai.

 

Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, perasaan sayu dan sedih pasti menyelubungi mereka. Bagi menuguruskan emosi tersebut, mereka seharusnya melakukan pelbagai aktiviti dan merayakannya dengan gembira. Menurut pandangan kami, mereka akan melakukan aktiviti yang sering mereka lakukan setiap kali hari lebaran menjelma. Contohnya, memakai baju baru di pagi rayadan melakukan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid. Dengan itu, mereka akan dapat merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri. Seterusnya, mereka boleh berkunjung ke rumah-rumah terbuka yang diadakan oleh sahabat handai pada hari raya. Mereka boleh merasa makanan tempatan yang biasa disediakan pada hari raya dan ini akan sedikit sebanyak mengubat kerinduan di kampung mereka. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan-rakan dan orang ramai. Satu lagi cara untuk memyambut Aidilfitri ialah meluangkan masa dengan melakukan perkara yang disukai orang ramai seperti menonton wayang. Filem-filem yang menarik pasti menunggu ketika hari raya secara tidak langsung dapat mengelakkan setiap individu tersebut daripada berasa sayu dan sedih. Akhir sekali, yang paling penting dan merupakan satu kewajiban adalah sudah pasti mereka akan berhubung dengan ahli keluarga yang jauh bagi memohon maaf sempana hari lebaran yang mulia ini. Cara-cara demikian dapat mengurangkan rasa sedih dan sedikit sebanyak megubat kerinduan terhadap keluarga tersayang.

 

Persoalannya sekarang ialah, apakah cabaran yang mereka hadapi apabila terpaksa   berjauhan dengan keluarga tersayang. Emosi yang mereka hadapi semestinya berasa sedih dan tertekan, ini kerana bersama keluarga lagi-lagi ketika menyambut hari lebaran adalah suatu kemestian atau mungkin tidak lengkap jika tidak bersama-sama dengan keluarga. Perasaan sedih apabila tidak dapat bersama keluarga akan dirasai kerana saat semua ahli keluarga berkumpul dan bersalam-salaman, mereka tidak dapat untuk berbuat demikian. Selain itu, mereka juga akan berasa sedih apabila melihat rakan-rakan lain yang begitu teruja berkemas untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta. Cabaran yang seterusnya adalah apabila terpaksa menyambut suasana hari raya yang sama sekali berbeza, tiada lagi gelak tawa ahli keluarga ketika malam raya, makan juadah yang disediakan oleh bonda sendiri pada pagi raya, sesi bergambar seisi keluarga, dan tidak ketinggalan bersalaman memohon maaf sesama ahli keluarga. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka berasa amat sedih dan terkilan menyambut hari mulia ini di perantauan tanpa keluarga mereka.

Proposal Kumpulan Crash 'n' Burn

 

Tajuk   : Pengurusan Emosi Terhadap Individu yang Kematian Orang Tersayang

 

Tujuan : a) Menyelami perasaan serta tekanan emosi yang dialami oleh pihak responden itu sendiri.

              b) Menilai tindakan yang diambil oleh pihak responden dan mengaplikasikan serta menambahbaikkan tindakan responden tersebut untuk diaplikasikan                   kepada pelajar lain pada masa akan datang.

 

Rasional : Tajuk ini dipilih kerana situasi kematian orang yang tersayang akan dialami oleh setiap orang dan lebih memburukkan situasi ini berlaku terhadap pelajar                yang mudah belum bersedia menghadapi perkara sedemikian ditambah lagi dengan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang perlu dipikul. Maka,                   permasalahan ini perlu diambil kira untuk memberi persediaan terhadap situasiyang akan dialami.

 

Kaedah : Temubual

Jangkaan Dapatan : Dapat menyelami perasaan pihak responden serta mengaplikasi tindakan responden untuk kegunaan para pelajar pada masa akan                                                datang.

           


PROPOSAL KUMPULAN RAINBOW

PROPOSAL KUMPULAN RAINBOW

 

AHLI KUMPULAN RAINBOW:

 

Hasliza Binti Abu Bakar (A126640) - KETUA

Maizatu Akmal Binti Mohammad  (A130725)

Rafidah Binti Sulaiman (A130854)

Nik Marina Bt Nik Mud (A127512)

 

TAJUK:

 

Bagaimana seseorang pensyarah menguruskan emosi positif dan negatif.

 

 

TUJUAN KAJIAN:

 

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimana seseorang pemimpin itu mengatasi emosi mereka. Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana seseorang pemimpin tu mengatasi segala jenis emosi ketika berdepan dengan masalah sama ada emosi tersebut negative atau positif.

 

            Dengan adanya kajian ini kita sebagai seorang pelajar akan lebih prihatin atau mengetahui bila atau keadaan yang bagaimana mereka mengalami emosi tersebut. Hal ini membolehkan mereka meluahkan segala apa yang terpendam sekiranya emosi tersebut telah menguasai dalam diri mereka.

 

OBJEKTIF KAJIAN:

 

 

i.                    Bagaimana puan/tuan menguruskan emosi apabila terdapat pelajar yang tidak mengikut arahan yang ditetapkan?

 

ii.                  Apa masalah/cabaran yang di hadapi oleh puan/tuan dalam menguruskan emosi tersebut

 

RASIONAL

 

Kajian untuk menemual pensyarah adalah disebabkan mereka mempunyai satu emosi yang boleh dianggap luar biasa. Ini kerana setiap pensyarah mempunyai emosi yang berbeza sama ada positif atau negatif. Kumpulan kami memilih pensyarah sebagai salah satu model, di mana mereka mempunyai satu situasi yang luar biasa untuk dikawal.

 

            Dengan menemubual pensyarah-pensyarah tersebut kita akan mengetahui punca-punca terjadinya emosi tersebut. Pensyarah boleh dikatakan sebagai seorang pemimpin yang berkaliber. Mereka akan mengalami semua situasi ini. Oleh yang demikian, dengan cara ini kita akan mengetahui bagaimana mereka menjauhi atau tidak ambil peduli dengan emosi ini. Maka dengan itu mereka berjaya membanteras emosi tersebut di kala berdepan dengan pelajar.

 

KAEDAH KAJIAN

 

Kajian ini akan dijalankan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Pensyarah yang akan di temubualkan ialah dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Kumpulan kami memilih empat pensyarah yang akan di temubual dan mengikut program masing-masing, Dengan cara menemubual lain-lain pensyarah kita akan mengetahui bagaimana seseorang pensayarah tersebut mengatasi masalah emosi ini.

 

            Cara kumpulan kami menjalankan kajian ini adalah dengan cara menemubual pensyarah tersebut. Temubual tersebut akan dirakam dan dianalisis setiap soalan tersebut. Setelah menganalisis setiap jawapan daripada pensyarah tersebut kami akan membentang laporan tersebut. Setelah itu, kita akan dapat lihat secara keseluruhan bagaiamana seseorang pensyarah tersebut mengatasi masalah emosi ini.

 

JANGKAAN DAPATAN

 

Jangkaan dapatan yang dapat dibuat kami akan dapati bagaimana seseorang pensayarah atau pemimpin tersebut dapat menyelesaikan semua emosi atau situasi yang di luar jangkaan. Hal ini akan membolehkan mereka menyelesaikan segala bentuk emosi itu sebagai seorang yang professional. Segala keputusan yang dibuat adalah berdasarkan keadaan emosi mereka ketika itu. Tidak dapat dinafikan semua manusia dilahirkan mempunyai emosi sama ada positif atau negative.

 

            Sebagai seorang pemimpin mereka sudah pasti akan membuat sesuatu keputusan itu dengan cara tanpa mencederakan orang lain. Mereka akan membuat sesuatu keputusan itu dengan rasional yang membolehkan mereka tidak gentar berdepan dengan masalah lain. Pemimpin akan berpendirian sekiranya mereka menghadapi situasi yang agak bahaya. Semua keputusan adalah ditetapkan oleh oleh diri sendiri  atau pun terdapat juga yang mahu berkongsi masalah dengan orang lain.

 

            Kita juga akan mengetahui sama ada seseorang pemimpin itu selalunya bersikap emosi atau negative. Sementara itu, kita juga akan mengetahui sejauhmana mereka mengatasi segala sesuatu emosi itu berlaku sama ada berkongsi dengan orang lain atau menyelesaikan secara bersendirian.

PROPOSAL KUMPULAN WAT EVA

TAJUK

Pengurusan emosi di kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengalami ketagihan laman sosial iaitu facebook.


TUJUAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cara mahasiswa UKM yang mempunyai ketagihan facebook ini menguruskan  emosi mereka dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menguruskan emosi tersebut.


SOALAN PANDUAN TEMUBUAL

1.      Apakah emosi yang dialami ketika melayari facebook

(contoh- gembira, sedih dan marah)

2.      Bagaimana pelajar-pelajar yang mempunyai tabiat ketagihan facebook ini menguruskan emosi mereka?

a)      Apabila meluahkan perasaan gembira.

b)      Apabila meluahkan perasaan kecewa / sedih.

c)      Apabila meluahkan perasaan marah.

d)     Apabila meluahkan perasaan ingin tahu.

 

3.      Apakah cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi ini?

a)      Apabila terdapat komen yang boleh menggugat emosi mereka pada ketika itu.

b)      Apabila terdapat komen yang boleh menyebabkan mereka berasa malu.

c)      Apabila semua orang mengetahui emosi mereka pada waktu tersebut.

d)     Apabila semua orang berceritakan mengenai masalah mereka dalam facebook --orang lain berceritakan perihal keadaan mereka.


 RASIONAL

Kajian ini perlu dijalankan kerana laman sosial facebook telahpun menjadi satu trend dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Ia seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan golongan pelajar di UKM ini. Hampir semua  mahasiswa UKM mempunyai facebook. Oleh itu, kumpulan kami ingin merungkai emosi mereka ketika meluahkan perasaan di dalam facebook ini.

Selain itu, kami ingin mengetahui mengapakah medium facebook yang dijadikan sebagai medium perantaraan untuk meluahkan perasaan, dan bukannya menggunakan cara lain iaitu cara yang lebih tidak menonjolkan emosi kendiri terutamanya emosi negatif kepada orang lain.

Emosi selalunya tidak ditonjolkan, oleh itu kumpulan kami ingin mengetahui mengapa informan-informan kami suka meluahkan emosi mereka pada khalayak ramai.


KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang akan kami gunakan ialah menemuramah yang lima orang pelajar UKM yang didapati ketagihan facebook. Terlebih dahulu kami akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan cara menguruskan emosi ini dan meminta pensyarah untuk mengesahkan soalan ini terlebih dahulu. Selepas itu, kumpulan kami akan menyediakan surat pengesahan temuramah yang akan ditandatangani oleh pensyarah. Kemudian kami akan menghubungi informan untuk memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk ditemubual bagi membantu kami merungkai permasalahan ini. Kami akan menggunakan kamera, telefon bimbit dan videocam untuk merakam perbualan kami. Kami juga akan menugaskan seorang pencatat untuk mencatat setiap butir-butir perbualan kami supaya kajian yang ingin kami lakukan menjadi lebih sahih. Penggunaan sumber internet juga diperlukan untuk mencari jurnal dan untuk mencari maklumat didalam surat khabar secara online yang berkaitan dengan ketagihan facebook.

Selepas itu, setiap penyelidik yeng menemubual informan akan menganalisis temubual yang telah dijalankan. Selepas itu, kesimpulan secara keseluruhan akan dilakukan bagaimana cara informan menguruskan emosi mereka dan cabaran mereka dalam menguruskan emosi.

 

JANGKAAN DAPATAN

Jangkaan dapatan yang mungkin akan kumpulan kami dapat ialah mungkin mahasiswa-mahaisiwa UKM yang gemar melayari laman sosial facebook ini mungkin kerana mereka berasa bosan dan berasa kesunyian terhadap kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka cuba berkongsi masalah didalam facebook ini.  Menurut statistik, kumpulan saya dapati melalui laman web http://amanz.my/2010/05/pengguna-facebook-di-malaysia-hampiri-angka-7-juta/, hampir 37%  yang berumur 18 hingga 24 tahun yang melayari laman sosial facebook. Pada usia sebegini, kebanyakannya adalah lingkungan umur mahasiswa universiti. Hal inilah yang mendorong sifat inkuiri kami untuk megetahui cara mereka menguruskan emosi apabila melayari laman sosial facebook.

Selain itu, kami menjangkakan bahawa mahasiswa ini seolah-olah tidak mengetahui dimanakah medium yang betul untuk meluahkan perasaan. Kami percaya mereka seolah-olah tidak mudah untuk mempercayai secara telus utuk mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan-rakan mereka tetapi mereka lebih mudah mendapatkan khidmat nasihat secara rambang iaitu apabila ada "rakan" yang  memberi komen terhadap "post" yang mereka lakukan.

 

 

 

 

Sunday, August 22, 2010

proposal kumpulan D'gatorz

1.      Tajuk:  Tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami adalah "Pengurusan Emosi dalam  kalangan Pemimpin Pelajar".

 

2.      Tujuan/soalan kajian: Ingin mengkaji secara mendalam bagaimana seorang pemimpin menguruskan emosi yang dihadapi oleh mereka khususnya apabila mengalami emosi negatif seperti marah, sedih,malu dan tertekan.Selain itu tujuan kajian ini dijalankan adalah mengetahui apakah cabaran yang di hadapi oleh pemimpin pelajar dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana,dengan Kaedah pengurusan emosi yang baik dan sistematik membolehkan seseorang itu hidup lebih tenang dan dapat menghadapi segala cabaran,rintangan dan masalah yang di hadapi dengan baik dan teratur tanpa sebarang tekanan.

 

3.      Rasional: Pemimpin merupakan seorang yang mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab.Hal ini menyebabkan mereka sering mengalami pelbagai jenis emosi khususnya emosi negatif. Rasional kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana seorang Pemimpin mampu mengawal perasaanya dalam setiap tindakan atau keputusan  yang diambil.Kemampuan seorang pemimpin untuk memotivasikan anggota bawahannya sangat dipegaruhi oleh kecerdasan emosinya. Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar yang perlu di laksanakan dengan sebaik mungkin.Salah satu karakter yang pelu ada pada seseorang pemimpin adalah kemampuannya dalam menguruskan emosi ketika berada dalam keadaan tertekan,dan ketika menghadapi masalah. Tidak di nafikan setiap kepincangan dan masalah yang melanda dalam sesuatu organisasi boleh menyebabkan seseorang pemimpin itu hilang kawalan dan kesabarannya. Oleh itu,pengurusan emosi yang baik,dapat menjadikan emosi seseorang lebih stabil. Hal ini amat penting bagi seseorang pemimpin,ini kerana pemimpin itu merupakan tulang belakang bagi memacu sesebuah organisasi agar lebih maju.

 

4.      Kaedah Kajian: Kaedah kajian yang telah dipilih oleh kumpulan kami iaitu melalui kaedah temubual. Kami memilih kaedah ini kerana melalui kaedah temubual kami boleh bertanyakan dengan lebih mendalam dan lebih jelas bagaimana seseorang pemimpin menguruskan emosi. Dengan kaedah temubual kami dapat bersemuka dengan informan dan memperolehi jawapan secara langsung tentang soalan yang diajukan. Dengan melalui kaedah temubual, kami juga boleh melihat secara langsung bagaimana tingkah laku seseorang yang kami kaji itu. Hal ini adalah kerana, kadang kala tingkah laku seseorang itu mampu untuk menggambarkan karakter sebenar seseorang. Kami turut berpendapat bahawa, dengan kaedah temubual ini, kami boleh mendapat jawapan yang lebih pasti, tanpa ada bias. Dengan itu, sebarang keraguan tentang sesuatu persoalan boleh kami selesaikan pada masa temubual dijalankan.

  

 

 

Jangkaan dapatan/sorotan karya:

1)      Melalui pembacaan secara kasar  yang telah kami buat melalui buku yang bertajuk "360-Degree Leader(Pemimpin 360-Darjah)", telah disenaraikan beberapa emosi positif yang sering kali dialami oleh para pemimpin, dan diantara emosi tersebut adalah seperti, ketegangan, kekecewaan, ego, tiada kepuasan dalam melakukan pekerjaan dan sebagainya. Di dalam buku terbabit turut disentuh tentang bagaimana seorang pemimpin yang sentiasa sibuk cuba menguruskan emosi sendiri agar sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh emosi semata-mata.

2)      Melalu buku tersebut juga, kami dapat lihat bagaimana seorang pemimpin itu mampu mengekalkan emosi positif dalam diri sendiri. Sebagai contohnya, untuk menguruskan emosi agar sentiasa terkawal, seorang pemimpin pelajar akan cuba untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan orang-orang bawahannya. Melalui pandangan secara kasar yang telah kami buat melalui buku tersebut, kami menjadi lebih tertarik untuk mengkaji tentang pengurusan emosi dalam kalangan pemimpin pelajar dengan lebih mendalam. Hal ini adalah kerana, pemimpin pelajar merupakan seorang yang sentiasa ditekan dengan pelbagai tekanan dan masalah yang mampu memberi kesan positif seandainya seseorang pemimpin itu tidak mampu mengawal emosinya.

Proposal Kumpulan Catalysis

Tajuk:

 

Pengurusan Emosi Di Kalangan Kaunselor

 

Objektif Kajian:

 

1.     Bagaimanakah seorang kaunselor menguruskan emosi tertekan?

2.     Apa cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut?

 

Rasional:

 

          Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang penting dalam membantu seorang individu tidak kira apa jua jawatan atau pangkat yang disandang olehnya atau masyarakat amnya dalam menangani semua jenis penyesuaian hidup dengan berpegang kepada prinsip asas, iaitu individu yang ingin membuat penyesuaian sangat memerlukan pertolongan. Definisi penyesuaian hidup terlalu luas skopnya dan ia juga termasuklah penyesuaian dari segi rumahtangga, tempat kerja, tempat menuntut ilmu dan sebagainya. Perkhidmatan ini bukan sahaja kepada kerjaya, peribadi atau kehidupan seharian, tetapi ia juga menjurus kepada masalah psikologi dan emosi yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikannya. Seorang kaunselor menggunakan pelbagai metod untuk membantu individu bermasalah ini seperti menggunakan ujian atitude, maklumat kerjaya, aktiviti penerokaan dan situasi berstruktur. Selain itu, mereka juga menggunakan "interview terapeutik". Lapangan kerja untuk seorang kaunselor tidak terhad untuk satu tempat, tetapi ia sangat luas. Ia termasuklah di sekolah-sekolah, di jabatan kerajaan dan swasta, di universiti dan lain-lain. Melihat kepentingan kaunselor dalam kehidupan seharian manusia sejagat , kami mendapati kerjaya kaunselor ini sangat menarik untuk dikaji. Ini kerana dengan kajian yang akan dijalankan ini, masalah atau segala bentuk tekanan yang dihadapi oleh seseorang kaunselor itu dapat dikaji dan difahami oleh kami dan seterusnya oleh masyarakat setempat. Kajian ini juga untuk mengenal pasti bagaimana seorang kaunselor yang selalunya cuba untuk menyelesaikan masalah orang lain mengawal emosi tertekan atau tekanan yang dihadapinya sama ada dari masalah dalaman atau luaran.

 

Kaedah Kajian:

            Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam perlaksanaan kajian ini. Salah satunya adalah kaedah menemu bual. Kumpulan sasaran kajian kami adalah ahli kaunselor UKM Bangi dan SMK LKTP Kahang Timur, Kluang. Kami akan mengedarkan 5 borang temubual kepada responden iaitu empat kaunselor  daripada UKM Bangi dan seorang lagi kaunselor dari SMK LKTP Kahang Timur. Kami akan berjumpa dengan semua pihak kaunselor tersebut secara berasingan dan menemu bual mereka serta merakamkan setiap respons mereka menggunakan alat perakam suara. Selain daripada itu, kaedah rujukan akademik melalui internet juga merupakan salah satu metod kajian ini. Contohnya, kajian ilmiah yang dilakukan oleh individu-individu yang mengkaji tentang kaunselor.

 

Jangkaan Dapatan:

 

                Kaunselor merupakan orang yang berpengaruh iaitu mempunyai kemahiran dalam aspek mengenal pasti dan menyelesaikan masalah orang awam. Namun, kaunselor juga tidak terlepas dari belenggu masalah. Pelbagai cabaran dan kekangan yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam menjalani kerjaya sebagai seorang kaunselor. Kajian ini mampu mengenal pasti faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan kepada ahli kaunselor contohnya seperti faktor berurusan dengan situasi krisis, kerja lebih masa, kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan kritikal secara spontan, kejian atau ejekan peribadi daripada pelajar, rakan sebaya dan organisasi luar dan melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas. Diharap kajian ini dapat memberi satu mekanisma baru kepada masyarakat amnya supaya mereka mengetahui tekanan emosi yang dihadapi oleh pihak kaunselor juga cara mereka menghadapinya. Dengan hasil kajian yang akan diperoleh pada akhir kajian ini juga, diharap masyarakat dapat mengaplikasikan segala cara dan usaha seorang kaunselor itu dalam menangani masalah mereka secara sendirian atau bantuan orang lain, dalam kehidupan masing-masing dan mampu untuk mengawal dan mengatasi setiap inci masalah yang dihadapi secara sendirian tanpa bantuan pihak kaunselor.