RANGKA KURSUS ZT2253 PENGURUSAN EMOSI
Sinopsis Kursus
Falsafah Pendidikan Negara menekankan kepada pembangunan insan yang seimbang daripada aspek-aspek jasmani, rohani dan intelektual. Namun demikian, aspek pengurusan emosi jarang diberi perhatian serta penekanan dalam sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kursus ini bertujuan memperkemaskan minda dan sikap pelajar bagi menangani perubahan dan cabaran, dengan ketrampilan dari segi kemahiran menguruskan emosi mereka sebagai persediaan untuk hidup dalam masyarakat modenisasi.
Objektif Kursus
Adalah diharapkan pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Memahami makna dan konsep emosi dan pengurusan emosi dengan lebih sistematik
2. Memahami teori-teori berkaitan emosi dan bagaimana emosi berfungsi dalam kehidupan manusia
3. Memahami dan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
4. Memperolehi kemahiran mengawal dan mengurus emosi diri sendiri dan orang lain bagi meningkatkan hubungan interpersonal.
Kaedah Penyampaian
Kuliah dan kerja berkumpulan
Kaedah Penilaian
Tugasan 1 (individu) : 10%
Tugasan 2 (kumpulan) : 30%
Peperiksaan akhir : 50%
Kehadiran/Penglibatan : 10%
Buku-Buku Rujukan
Coleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. Bantam Book Publishing History: New York
Mohd Azhzar Abd Hamid. (2006). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publications Sdn Bhd: Pahang
Oatley, K. & Jenkins, J. M. (1996). Understanding Emotions. Cambridge: Cambridge University Press.
Parkinson, B. & Colman, A. M. (1994). Emotion and Motivation. London: Longman
Liputan Kuliah
Kuliah bagi kursus ini akan meliputi topik-topik seperti berikut:
§ Pengenalan: Definisi & konsep asas emosi
§ Ciri, struktur asas dan pengelasan emosi
§ Emosi positif dan emosi negatif
§ Teori fisiologi, kognitif & psikoanalitik mengenai emosi
§ Perubahan emosi dengan rangsangan situasi: Teori Adaptasi Emosi dan Teori Solomon Opponent Process
§ Emosi, ingatan dan pembelajaran
§ Emosi, sikap, motivasi, personaliti dan tingkahlaku
§ Emosi dari perspektif agama-agama
§ Pengenalan pengurusan & kebijaksanaan emosi
§ Pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
§ Mengurus emosi peringkat individu & keluarga
§ Mengurus emosi peringkat kerja & organisasi
Pensyarah
Encik A Zamri Mansor
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
E-mail: azamri-zt2253@yahoogroups.com
Masa Rundingan
Setiap Khamis 10 pagi – 12 tengah hari (untuk masa-masa lain, sila buat temujanji). Pada hari Khamis pertama setiap bulan pensyarah menghadiri mesyuarat bulanan PPU yang dijangka tamat jam 11 pagi.