Dengarkanlah alunan merdu Ustaz Asri dengan mengklik video di bawah. Di akhir artikel ini ada versi Arab lagu yang sama
Tanggal 13 Ogos 2009 perginya seorang insan bernama Asri Ibrahim, seorang pejuang irama nasyid di Malaysia. Sesungguhnya pada seorang lelaki, airmata adalah mutiara, mahal harganya dan hanya dikeluarkan di saat-saat yang getir (teringat pada kata pujangga Arab "Silahul mar ati dhumu uha"). Tapi bila dengar berita ini, entah macam mana, berlinang pula si airmata. Hanya beberapa peristiwa yang menyebabkan aku menitis airmata, ini antaranya. Yang lain bila perginya teman baik ku, Zulkifli dan juga ibuku Zainab.
Temanku Zulkifli ialah seorang yang aku kagumi, Allahyarham adalah "penggembala matahari", mengerjakan solat bila saja masuk waktu, agak pendiam tetapi pekertinya amat terpuji, tapi tuhan telah memanggilnya dalam usia yang muda, menjadi korban kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu. Allahyarham ibuku pula adalah wanita yang aku kagumi, amat penyayang walau pun kami hidup susah. Paling ku kagumi ketekunan ibuku mengajarku tulis dan baca. Darjah satu aku dapat nombor di antara 20 hingga 30 lebih, tapi bila masuk Darjah Dua, aku mendapat tempat pertama dalam semua pepriksaan penggal. Gambar di bawah ialah kampungku yang tersurat segala rahsia kejayaanku.

Pergi Tak Kembali versi Arab