Sunday, August 22, 2010

Proposal Kumpulan Catalysis

Tajuk:

 

Pengurusan Emosi Di Kalangan Kaunselor

 

Objektif Kajian:

 

1.     Bagaimanakah seorang kaunselor menguruskan emosi tertekan?

2.     Apa cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut?

 

Rasional:

 

          Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu perkhidmatan yang penting dalam membantu seorang individu tidak kira apa jua jawatan atau pangkat yang disandang olehnya atau masyarakat amnya dalam menangani semua jenis penyesuaian hidup dengan berpegang kepada prinsip asas, iaitu individu yang ingin membuat penyesuaian sangat memerlukan pertolongan. Definisi penyesuaian hidup terlalu luas skopnya dan ia juga termasuklah penyesuaian dari segi rumahtangga, tempat kerja, tempat menuntut ilmu dan sebagainya. Perkhidmatan ini bukan sahaja kepada kerjaya, peribadi atau kehidupan seharian, tetapi ia juga menjurus kepada masalah psikologi dan emosi yang memerlukan bantuan untuk menyelesaikannya. Seorang kaunselor menggunakan pelbagai metod untuk membantu individu bermasalah ini seperti menggunakan ujian atitude, maklumat kerjaya, aktiviti penerokaan dan situasi berstruktur. Selain itu, mereka juga menggunakan "interview terapeutik". Lapangan kerja untuk seorang kaunselor tidak terhad untuk satu tempat, tetapi ia sangat luas. Ia termasuklah di sekolah-sekolah, di jabatan kerajaan dan swasta, di universiti dan lain-lain. Melihat kepentingan kaunselor dalam kehidupan seharian manusia sejagat , kami mendapati kerjaya kaunselor ini sangat menarik untuk dikaji. Ini kerana dengan kajian yang akan dijalankan ini, masalah atau segala bentuk tekanan yang dihadapi oleh seseorang kaunselor itu dapat dikaji dan difahami oleh kami dan seterusnya oleh masyarakat setempat. Kajian ini juga untuk mengenal pasti bagaimana seorang kaunselor yang selalunya cuba untuk menyelesaikan masalah orang lain mengawal emosi tertekan atau tekanan yang dihadapinya sama ada dari masalah dalaman atau luaran.

 

Kaedah Kajian:

            Terdapat dua pendekatan yang digunakan dalam perlaksanaan kajian ini. Salah satunya adalah kaedah menemu bual. Kumpulan sasaran kajian kami adalah ahli kaunselor UKM Bangi dan SMK LKTP Kahang Timur, Kluang. Kami akan mengedarkan 5 borang temubual kepada responden iaitu empat kaunselor  daripada UKM Bangi dan seorang lagi kaunselor dari SMK LKTP Kahang Timur. Kami akan berjumpa dengan semua pihak kaunselor tersebut secara berasingan dan menemu bual mereka serta merakamkan setiap respons mereka menggunakan alat perakam suara. Selain daripada itu, kaedah rujukan akademik melalui internet juga merupakan salah satu metod kajian ini. Contohnya, kajian ilmiah yang dilakukan oleh individu-individu yang mengkaji tentang kaunselor.

 

Jangkaan Dapatan:

 

                Kaunselor merupakan orang yang berpengaruh iaitu mempunyai kemahiran dalam aspek mengenal pasti dan menyelesaikan masalah orang awam. Namun, kaunselor juga tidak terlepas dari belenggu masalah. Pelbagai cabaran dan kekangan yang terpaksa dihadapi oleh mereka dalam menjalani kerjaya sebagai seorang kaunselor. Kajian ini mampu mengenal pasti faktor-faktor utama yang menyebabkan tekanan kepada ahli kaunselor contohnya seperti faktor berurusan dengan situasi krisis, kerja lebih masa, kekurangan kakitangan untuk melaksanakan tugas, membuat keputusan kritikal secara spontan, kejian atau ejekan peribadi daripada pelajar, rakan sebaya dan organisasi luar dan melaksanakan tugas yang bukan dalam deskripsi tugas. Diharap kajian ini dapat memberi satu mekanisma baru kepada masyarakat amnya supaya mereka mengetahui tekanan emosi yang dihadapi oleh pihak kaunselor juga cara mereka menghadapinya. Dengan hasil kajian yang akan diperoleh pada akhir kajian ini juga, diharap masyarakat dapat mengaplikasikan segala cara dan usaha seorang kaunselor itu dalam menangani masalah mereka secara sendirian atau bantuan orang lain, dalam kehidupan masing-masing dan mampu untuk mengawal dan mengatasi setiap inci masalah yang dihadapi secara sendirian tanpa bantuan pihak kaunselor.

Saturday, August 21, 2010

Proposal Kumpulan Tomey

Tajuk :

Kumpulan kami bersetuju untuk menjalankan kajian dalam pengurusan emosi sedih bagi doktor-doktor yang bertugas di hospital dalam merawat dan megubati pesakit-pesakitnya.

Tujuan kajian :

            Kajian terhadap doktor adalah sukar kerana kebanyakan mereka sibuk dalam menjalankan tugas mereka. Walau bagaimana pun, kami tetap ingin mengetahui emosi mereka. Doktor banyak terlibat dalam masalah seperti masalah dengan pesakit, dengan keluarga, dan masalah peribadi. Kami ingin mengetahui apakah emosi yang paling kerap dialami oleh doktor. Kami difahamkan ketika seseorang itu sedih, pelbagai cara dieksperasikan sama ada melalui bahan ataupun keadaan dirinya. Kami mengetahui yang seseorang doktor juga ada mengalami sedih. Langkah yang kami ingin tahu adalah macam mana mereka alami dan atasi emosi sedih itu. Ini kerana doktor haruslah bertindak bijak dan cepat dalam atasi emosi agar ia tidak mempengaruhi tugasan mereka. Apakah cabaran yang mereka pernah hadapi sepanjang bertugas sebagai doktor?Adakah karier sebagai doktor ini merupakan minat mereka tersendiri ataupun paksaan daripada orang tua mereka? Dengan ini adakah ia mempengaruhi mereka.

Rational :

            Kami memilih tajuk ini kerana emosi negatif ini merupakan satu komponen negatif yang sering berlaku di kalangan manusia zaman sekarang. Emosi sedih ini juga satu perkara yang harus di kawal kerana emosi sedih ini bakal menyebabkan seseorang itu bertindak di luar kawalan minda. Tokoh yang ditemubual adalah Dr. Hakimi. Kami memilih beliau kerana kami ingin mengetahui dan mengkaji emosi sedih ini di kalangan para doktor. Kami juga ingin mengetahui adakah profesion mereka banyak menyebabkan mereka sedih. Sebagai seorang doktor, perasaan sedih ini akan menjadi punca mereka melakukan tindakan di luar kawaln seperti membunuh diri. Semua orang pasti mengetahui bahawa para doktor mempunyai banyak masalah kerana mereka bertanggungjawab atas apa yang berlaku terhadap pesakit-pesakit. Para doktor juga mungkin mempunyai perasaan sedih apabila tidak dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga kerana doktor sangat diperlukan untuk merawat pesakit. Oleh itu, kami ingin mengetahui bagaimana mereka mengawal perasaan sedih dan cabaran yang dihadapi oleh mereka untuk mengawal emosi sedih.

 Kaedah :

            Kajian ini akan menggunakan kaedah temubual. Kumpulan kami telah memilih abang kepada salah seorang rakan kami yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah hospital untuk ditemubual. Nama doktor tersebut ialah Doktor Hakimi bin Abu Rashid yang akan ditemubual secara online menggunakan skype. Hal ini dapat memudahkan pihak kami dan juga doktor tersebut kerana kami tidak perlu menggunakan masa yang banyak serta dapat menjimatkan tenaga kami. Kami akan menemubual doktor tersebut untuk mengetahui dan memahami dengan lebih mendalam tentang perasaan seorang doktor. Kami ingin mengetahui bagaimana perasaan seorang doktor apabila pesakitnya Berjaya dipulihkan atas usahanya sendiri dan bagaimana pula perasaannya ketika berlaku keadaan sebaliknya pada salah seorang pesakitnya.

            Kaedah lain yang akan kami lakuklan adalah dengan cara mencari bahan-bahan rujukan di perpustakaan atau di internet seperti majalah, rencana dan cerita. Bahan-bahn rujukan ini akan memudahkan urusan kami dalam mencari maklumat berkaitan dengan emosi seorang doktor. Selain itu, kami juga akan memohon tunjuk ajar daripada pensyarah pengurusan emosi kami sendiri iaitu Mohd Zamri agar tugasan kami ini dapat dihasilkan dengan jayanya. 

Jangkaan :

Daripada kajian ini, kami menjangkakan banyak hasil dapatan yang akan diperoleh. Hal ini kerana kita sebagai seorang pelajar tidak dapat memahami emosi sedih yang dihadapi oleh seorang doktor. Kita selalu menjangkakan tugasan dan tanggungjawab doktor itu senang sahaja iaitu hanya merawat dan menjaga pesakit. Bagi kita, doktor itu merupakan suatu profesion yang memperoleh pendapatan yang lumayan. Kita tidak mengetahui bahawa banyak pengorbanan telah dilakukan dan mungkin hasil pendapatan yang lumayan tidak setimpal ddengan emosi negatif yang terpaksa dihadapi seorang doktor. Misalnya, semasa gagal menyelamatkan seorang pesakit, doktor akan dituding jari oleh pelbagai pihak. Terdapat berita yang menjejaskan imej doktor selepas suatu tragedy berlaku. Menerusi temu ramah ini, kita dapat mengetahui cara-cara doktor menangani emosi sedih. Pada pendapat saya, Dr. hakimi akan meluahkan isi hati kepada ahli keluarganya seperi perasaan dituduh akibat disalahkan.

Dr. Hakimi juga mungkin berkongsi masalah dengan rakan sekerja atau menulis suara hati dalam blog. Aktiviti rekreasi termasuklah berjoging, bersenam, bersukan dan sebagainya. Menonton rancangan televisyen bersifat komedi dan mendengar muzik juga dipercayai dapat melepaskan emosi sedih. Membeli-belah juga satu cara untuk menghilangkan emosi sedih. Di sini munculnya cabaran yang kena di hadapi oleh seorang doktor semasa menangani emosi sedihnya.

Terdapat juga kemungkinan bahawa pihak keluarga pesakit tidak menyalahkan doktor akibat gagal menyelamatkan pesakit tetapi doktor sendiri yang menyalahkan diri sendiri. Doctor itu memikul segala tanggungjawab ke atas dirinya. Perasaan kekesalan yang di hadapi tidak senang untuk dihilangkan dalam tempoh masa yang pendek. Trauma mungkin berlaku pada doktor setiap kali berdepan dengan pesakit lagi. Di sini mencullah cabaran yang kena di hadapi oleh doktor terutamanya selepas gagal menyelamatkan pesakit. Doktor mungkin teringat-ingat pesakitnya yang gagal di selamatkan dan tidak dapat menangani emosi sedih itu. Tambahan pula, bagi pesakit yang terletak di bawah jagaan seorang doktor untuk jangka panjang seperti pesakit kanser atau AIDS akan dikasihi oleh doktor tersebut. Perasaan sayanh telah wujud antara doktor dengan pesakiy. Pada suatu hari, pesakit itu meninggal dunia. Doktor itu akan berasa amat sedih kerana perasaan itu seakan-akan kehilangan seorang sanak saudra. Kekesalan seumur hidup berlaku pada doctor. Inilah emosi sedih yang paling susah untuk di tangani oleh seseorang doctor kerana melibatkan perasaan keberatan ditinggalkan oleh seorang kawan yang biasa berkongsi isi hati antara satu sama lain. Inilah cabaran yang lain semasa doktor itu ingin menangani emosi sedih.