Wednesday, September 21, 2011

Pengurusan Emosi dalam Keluarga - Sesi 21 September 2011

Ibu kita telah mendidik kita sejah daripada kecil lagi.



Ayah dan mak takde masa nak layan anak



Bila dah besar sikit, kita mula jadi degil, tak nak ikut cakap



Ayah, maafkan saya



titip rindu buat ayah




Inikah balasan kepada seorang ayah?

Pengurusan Emosi Di Tempat Kerja - Sesi 28 September 2011

Pemilihan kerja dipadankan dengan personaliti




Trump's advice on how to be successful at work




What is emotional labor?



Emotional labour at work



Emotional labour is tiring!


conflict at work

Wednesday, September 14, 2011

Pengenalan Pengurusan Emosi Dalam Keluarga dan Di Tempat Kerja- Sesi 14 September 2011

Dua isu dibincangkan iaitu (1) gender, dan (2) budaya.

1. ISU GENDER

Untuk isu gender, sila tonton video-video berikut:

Video 1a Lelaki Tak Boleh Nangis




Video 1b Gender Differences



Video 1c Men are from Mars, Women are from Venus



Beberapa pelajar diminta untuk berkongsi idea tentang perbezaan menangani emosi antara lelaki dan wanita.

2. ISU BUDAYA

Untuk isu budaya, para pelajar

Video 2a Communication Between Cultures



Video 2b Comparing Different Cultures



2c Google Books



Bahan dalam Google Book ialah budaya masyarakat Malaysia mengikut pandangan Asma Abdullah yang menulis buku untuk panduan para expatriat yang bekerja di Malaysia.


Beberapa pelajar diminta untuk berkongsi idea tentang perbezaan menangani emosi antara budaya-budaya di dunia..

Wednesday, September 7, 2011

Kebijaksanaan Emosi- Sesi Khas Rabu 7 September 2011

Salam semua,
Sesi hari ini kita belajar tentang 'Kebijaksanaan Emosi'. Sesi pembelajaran hari ini disusun mengikut beberapa aktiviti.

AKTIVITI 1 MENONTON VIDEP PENGENALAN EQ

Mula-mula tengok dulu video intro. Untuk itu saya minta Abid atau Yun atau wakil datang ke podium untuk play video pertama. Buat full screen ye!



AKTIVITI 2 MENONTON VIDEO EQ 4 QUADRANTS

Daripada video pertama kita tahu EQ adalah penting dalam kehidupan kita. Tetapi EQ tidak diajar di sekolah Bagaimana untuk menerapkan EQ dalam diri. Salah satu pendekatan ialah menggunakan 4 quadrant. Video kedua ini ialah tentang 4 quadrant tersebut (video berjudul EQ vs IQ)





AKTIVITI 3 MELAKUKAN SOALSELIDIK KENDIRI EQ 4 QUADRANTS

Video ketiga ni failnya agak besar. Kalau sangkut-sangkut, sila load dulu, bagi penuh, dan selepas itu boleh pasang.


video


AKTIVITI 4 MENGISI ALEXITYMIA ONLINE FORM (BUAT DI LUAR KELAS)

Sila buka http://oaq.blogspot.com/ kemudian selepas 5 pm atau hari lain dan jawab soalan dan teliti penilaian terhadap diri anda. Survey ini perlu dilakukan secara sendirian/private. Selepas itu cari maklumat tentang alexithymia (1) Apa kaitan alexithymia dengan emosi?, (2) Apa ciri-ciri orang yang ada alexithymia?. Soalan tentang alexithymia ada dalam bank soalan. SILA BUAT AKTIVITI INI SELEPAS SESI 2-5 PM.

AKTIVITI 5 PERBINCANGAN KUMPULAN UNTUK TUGASAN 2

Sila berkumpul mengikut kumpulan PBL. Perbincangan boleh dilakukan di luar DK. Apa yang perlu dibincang/dibuat?
1. Tentukan tajuk (tajuk boleh diubah dan boleh cadang sendiri).
2. Sediakan sinopsis tugasan/kajian kumpulan anda.
3. Masukkan maklumat 1 dan 2 dalam borang pendaftaran kumpulan (rujuk laman web kursus). Kumpulan yang daftar selepas 11.30 malam pada 11 Ogos akan dikenakan PENALTI 1 markah (jika markah tugasan 2 ialah 18/20, kump anda hanya dapat 17/20) . Kumpulan yang sudah daftar tetapi ada perubahan tajuk/sinopsis, sila isi yg terkini dan saya akan padamkan yg lama.

Untuk sesi 7 September 2011, pastikan anda sudah sampai langkah ke 3 sekurang-kurangnya. Untuk kumpulan yang sudah melengkapkan 3 langkah di atas terus ke langkah ke 4.

4. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian anda akan dilakukan (metodologi).
5. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini diagih-agihkan kepada ahli-ahli kumpulan.
6. Bincangkan bagaimana untuk menulis kertas kerja.
7. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini akan dirakamkan untuk persembahan PPTRN/Camstudio/Camtasia
Saya cadangkan supaya ada ahli yang buat benchmark contoh-contoh kertaskerja dan persembahan multimedia.
8. Bila kajian dah siap, buat rehearsal untukrakaman persembahan multimedia.
9. Buat rakaman
10. Hantar tugasan
11. Isi borang PENKALAN