Friday, August 29, 2008

Wawancara Dengan Penagih Dadah

Berikut ialah wawancara seorang sahabat saya, seorang guru dengan seorang penagih dadah.
azamri.

Assalamualaikum,para guru, murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti Bukit Chabang. Perlis.Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Christian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksamengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib, bersama JAWI, DBKL dan lain sebagainya. Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini. Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorangbekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga.

Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal, saya bertanya punca ia menagih. Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab bapanya kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah, ia anak bongsu dari 6 beradik. Jadi mak lah terpaksa menoreh getah untuk membesarkan mereka sekeluarga. Perasaan benci pada ayah sangat kuat. Kerana tak pernah menghulurkan nafkah, disamping membiar kami sengsara. Tentang pelajaran apalagi, saya tidak begitu berminat. Hanya sampai tingkatan 3. Itu pun tak habis. Tension, geram dan benci semua ada dalam diri. Saya bekerja untuk membantu emak. Dalam pada itu, ada kawan menyatakan kau try lah benda ni. Saya pun mula mencoba untuk menghilang rasa runsing. memang risau saya hilang. dan anehnya, bila makan dadah, sata rasa bersemangat buat kerja, tau-tau hari dah petang dan tubuh pun berpeluh. Lain kalau tak makan dadah, rasa penat dan tak larat sekali untuk mengangkat barang yg sepatutnya boleh saya buat. begitu saya sehingga 8 tahun. Apabila duit habis untuk membeli bendai tu, fikiran saya ligat mencari idea. Saya tak keseorangan, ternyata kawan-2 pula mudah di ajak untuk Kawan mencuri dan merompak. Semua kerja gila saya lakukan, kecuali membunuh.

Ditanya apakah masa tu kamu tak ada perasaan takut dan bersalah? Tak...takut memang tiada. Macam mana boleh tertangkap? Saya masa tu tengah naik motor, dan dalam poket saya ada benda tu. Polis ajak ke balai. Saya pula memang tak berdaya untuk melawan kerana lemah. Lalu saya disoal siasat dan di sinilah saya hari ini.

Apa harapan kamu bila keluar nanti? Saya nak jauhkan benda tu. Dan bekerja noreh getah bantu emak.

Demikian sekilas cuplikan wawancara saya dengan klien. Yang membuat saya ingin kongsi ialah, peranan keluarga terutama sang ayah yang menjadi driver dalam rumahtangga. Begitulah jadi anaknya kalau bapa tak bertanggungjawab. Firman Allah. Jagalah dirimu dan keluargamu dariapi neraka. Anda ada cerita untuk dikongsi?Silakan emel pada saya.

Wednesday, August 20, 2008

Happiness Is not Just A Warm Puppy?

Happiness is not just a warm puppy ialah satu ekspresi yang disebut dalam artikel Barry Smith dalam artikel beliau pada halaman 485. Ianya merupakan tajuk kepada siri komik 'Peanut' dimana pelukis/pengarangnya ialah Charles Schults, seorang kartunis terkenal. Dalam siri komik tersebut, tema 'happiness' digunakan, selain daripada "happiness is a warm puppy", tajuk lain ialah "Happiness is sleeping in your own bed", "Happiness is some black, orange, yellow, white and pink jelly beans, but no green ones," "Happiness is one thing to one person and another thing to another person," dan sebagainya. Istilah 'warm', selain daripada bermaksud panas dan hangat, ia juga bermaksud 'mesra' atau 'manja'.

Saya melihat "happiness is not just a warm puppy" bermaksud, 'kebahagiaan tidak hanya bila anda memiliki anak anjing yang manja'. Bagi masyarakat barat, salah satu punca kebahagiaan seseorang ialah bila dapat memiliki anak anjing manja yang dapat dibawa berjalan di taman dan bermain bersama-sama. Setengahnya cuba mencari anak anjing yang comel, contohnya baka 'Chi-hua-hua' yang berasal dari negara China. Setengahnya berpendapat, ada anak anjing lebih membahagiakan berbanding dengan ada anak sendiri kerana anak anjing akan ikut perintah dan boleh di ajak bermain, anak sendiri sebaliknya, tak dengar kata, buat hal sendiri dan tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada ibubapa.

Ulasan Smith ialah seperti berikut: Schultz berpendapat anda gembira bila ada anak anjing yang manja, tapi kemungkinan pada anda erti kebahagiaan adalah lebih daripada itu. Pada anda kebahagiaan lebih kepada kewangan, kesihatan, ada anak dan sebagainya. Penerangan ini adalah di dalam konteks masyarakat Barat. Perumpamaan kepada masyarakat Islam dan masyarakat yang tidak menjadikan anjing sebagai 'pet' ialah 'kebahagiaan ialah tidak hanya bila anda memiliki anak kucing yang manja'.

Azamri
--------- Original Message --------
> En Azamri, saya kurang faham maksud "happiness is not just a warm puppy" boleh En Azamri terangkan maksud tersirat di sebalik ayat itu?> >