Sesi hari ini kita belajar tentang 'Kebijaksanaan Emosi'. Sesi pembelajaran hari ini disusun mengikut beberapa aktiviti.
AKTIVITI 1 MENONTON VIDEP PENGENALAN EQ
Mula-mula tengok dulu video intro. Untuk itu saya minta Abid atau Yun atau wakil datang ke podium untuk play video pertama. Buat full screen ye!
AKTIVITI 2 MENONTON VIDEO EQ 4 QUADRANTS
Daripada video pertama kita tahu EQ adalah penting dalam kehidupan kita. Tetapi EQ tidak diajar di sekolah Bagaimana untuk menerapkan EQ dalam diri. Salah satu pendekatan ialah menggunakan 4 quadrant. Video kedua ini ialah tentang 4 quadrant tersebut (video berjudul EQ vs IQ)
AKTIVITI 3 MELAKUKAN SOALSELIDIK KENDIRI EQ 4 QUADRANTS
Video ketiga ni failnya agak besar. Kalau sangkut-sangkut, sila load dulu, bagi penuh, dan selepas itu boleh pasang.
AKTIVITI 4 MENGISI ALEXITYMIA ONLINE FORM (BUAT DI LUAR KELAS)
Sila buka http://oaq.blogspot.com/ kemudian selepas 5 pm atau hari lain dan jawab soalan dan teliti penilaian terhadap diri anda. Survey ini perlu dilakukan secara sendirian/private. Selepas itu cari maklumat tentang alexithymia (1) Apa kaitan alexithymia dengan emosi?, (2) Apa ciri-ciri orang yang ada alexithymia?. Soalan tentang alexithymia ada dalam bank soalan. SILA BUAT AKTIVITI INI SELEPAS SESI 2-5 PM.
AKTIVITI 5 PERBINCANGAN KUMPULAN UNTUK TUGASAN 2
Sila berkumpul mengikut kumpulan PBL. Perbincangan boleh dilakukan di luar DK. Apa yang perlu dibincang/dibuat?
1. Tentukan tajuk (tajuk boleh diubah dan boleh cadang sendiri).
2. Sediakan sinopsis tugasan/kajian kumpulan anda.
3. Masukkan maklumat 1 dan 2 dalam borang pendaftaran kumpulan (rujuk laman web kursus). Kumpulan yang daftar selepas 11.30 malam pada 11 Ogos akan dikenakan PENALTI 1 markah (jika markah tugasan 2 ialah 18/20, kump anda hanya dapat 17/20) . Kumpulan yang sudah daftar tetapi ada perubahan tajuk/sinopsis, sila isi yg terkini dan saya akan padamkan yg lama.
Untuk sesi 7 September 2011, pastikan anda sudah sampai langkah ke 3 sekurang-kurangnya. Untuk kumpulan yang sudah melengkapkan 3 langkah di atas terus ke langkah ke 4.
4. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian anda akan dilakukan (metodologi).
5. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini diagih-agihkan kepada ahli-ahli kumpulan.
6. Bincangkan bagaimana untuk menulis kertas kerja.
7. Bincangkan bagaimana tugasan/kajian ini akan dirakamkan untuk persembahan PPTRN/Camstudio/Camtasia
Saya cadangkan supaya ada ahli yang buat benchmark contoh-contoh kertaskerja dan persembahan multimedia.
8. Bila kajian dah siap, buat rehearsal untukrakaman persembahan multimedia.
9. Buat rakaman
10. Hantar tugasan
11. Isi borang PENKALAN
No comments:
Post a Comment