RANGKA KURSUS ZT2253 PENGURUSAN EMOSI
Sinopsis Kursus
Falsafah Pendidikan Negara menekankan kepada pembangunan insan yang seimbang daripada aspek-aspek jasmani, rohani dan intelektual. Namun demikian, aspek pengurusan emosi jarang diberi perhatian serta penekanan dalam sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kursus ini bertujuan memperkemaskan minda dan sikap pelajar bagi menangani perubahan dan cabaran, dengan ketrampilan dari segi kemahiran menguruskan emosi mereka sebagai persediaan untuk hidup dalam masyarakat modenisasi.
Objektif Kursus
Adalah diharapkan pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Memahami makna dan konsep emosi dan pengurusan emosi dengan lebih sistematik
2. Memahami teori-teori berkaitan emosi dan bagaimana emosi berfungsi dalam kehidupan manusia
3. Memahami dan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
4. Memperolehi kemahiran mengawal dan mengurus emosi diri sendiri dan orang lain bagi meningkatkan hubungan interpersonal.
Kaedah Penyampaian
Kuliah dan kerja berkumpulan
Kaedah Penilaian
Tugasan 1 (individu) : 10%
Tugasan 2 (kumpulan) : 30%
Peperiksaan akhir : 50%
Kehadiran/Penglibatan : 10%
Buku-Buku Rujukan
Coleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. Bantam Book Publishing History: New York
Mohd Azhzar Abd Hamid. (2006). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publications Sdn Bhd: Pahang
Oatley, K. & Jenkins, J. M. (1996). Understanding Emotions. Cambridge: Cambridge University Press.
Parkinson, B. & Colman, A. M. (1994). Emotion and Motivation. London: Longman
Liputan Kuliah
Kuliah bagi kursus ini akan meliputi topik-topik seperti berikut:
§ Pengenalan: Definisi & konsep asas emosi
§ Ciri, struktur asas dan pengelasan emosi
§ Emosi positif dan emosi negatif
§ Teori fisiologi, kognitif & psikoanalitik mengenai emosi
§ Perubahan emosi dengan rangsangan situasi: Teori Adaptasi Emosi dan Teori Solomon Opponent Process
§ Emosi, ingatan dan pembelajaran
§ Emosi, sikap, motivasi, personaliti dan tingkahlaku
§ Emosi dari perspektif agama-agama
§ Pengenalan pengurusan & kebijaksanaan emosi
§ Pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
§ Mengurus emosi peringkat individu & keluarga
§ Mengurus emosi peringkat kerja & organisasi
Pensyarah
Encik A Zamri Mansor
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
E-mail: azamri-zt2253@yahoogroups.com
Masa Rundingan
Setiap Khamis 10 pagi – 12 tengah hari (untuk masa-masa lain, sila buat temujanji). Pada hari Khamis pertama setiap bulan pensyarah menghadiri mesyuarat bulanan PPU yang dijangka tamat jam 11 pagi.
8 comments:
Peranan pembelajaran dan pengalaman.
Hampir kesemua ahli teori telah mengenalpasti bahawa pembelajaran dan pengalaman memainkan sekurang-kurangnya sedikit peranan dalam melambangkan emosi seseorang itu. Perselisihan faham berlaku apabila melibatkan pembelajaran. Sesetengah ahli teori berpegangan bahawa pembelajaran hanya memainkan peranan yang kecil, manakala sebahagian lagi percaya bahawa emosi boleh dipelajari; Bukan sahaja penzahiran emosi tetapi emosi itu sendiri boleh dipelajari melalui pengalaman.
Pandangan biologi terhadap pengalaman. Dikalangan ahli teori berpegang kepada tradisi biologi, iaitu pembelajaran memainkan peranan yang kecil dalam emosi. Menurut Robert Plutchik (1982, Plutchik et al.), sebagai contohnya, percaya bahawa emosi adalah melambangkan potensi genetik individu itu secara langsung dan pembelajaran mengubahnya melalui pelbagai cara. Salah satu kesan pembelajaran adalah mempengaruhi frekuensi relative dimana bagaimana emosi yang berbeza ini dilambangkan. Sesetengah manusia mempamerkan kemarahan lebih kerap, manakala sesetengah yang lain lebih suka untuk mempamerkan kesedihan. Diantara kesan lain pembelajaran ialah mengubah signal luaran sesuatu emosi; individu yang berbeza akan melambangkan emosi dalam cara yang berlainan. Seseorang akan belajar untuk melambangkan kegembiraan dengan cara ketawa sekuat-kuatnya, memeluk orang yang tersayang dan lebih umum lagi lebih terbuka dalam mempamerkan emosi yang positif ini; sebahagian lagi mungkin akan melambangkan kegembiraan dengan menahannya. Pembelajaran juga memberi kesan keatas kekuatan dan kestabilan emosi yang bercampur-baur yang hadir.
Plutchik dan sebahagian yang lain menunjukkan pendapat mengenai emosi ini selaras dengan kajian yang menunjukkan perbezaan didalam kumpulan-kumpulan yang berlainan budaya tentang bagaimana emosi dipamerkan. David Matsumoto (1992), sebagai contohnya, mengkaji tentang perlambangan dan kekuatan emosi yang ditonjolkan oleh empat kumpulan etnik: Caucasian, African American, Asian dan Hispanic. Beliau mendapati perbezaan didalam peraturan sosial dan keadaan dimana empat kumpulan ini mempamerkan emosi dan didalam kekuatan yang khusus, menunjukkan kesan pengajaran daripada budaya dalam membentuk emosi individu itu. Emosi asas adalah sama untuk kesemua empat kumpulan etnik ini; hanya menunjukkan perbezaan yang kecil sahaja didalam cara untuk melambangkan emosi itu.
Carroll Izard (1994) juga mengambil pendekatan yang serupa. Hipotesisnya adalah “setiap emosi menyebabkan bayi sensitif terhadap perkara-perkara tertentu disekelilingnya dan memudahkannya untuk memproses maklumat-maklumat tertentu dan mempelajari hubungan tertentu” (Izard, 1978, p. 195). Menurut pandangan Izard, 10 emosi asas muncul di peringkat awal usia: minat, gembira, terkejut, tertekan, marah, jijik, kehinaan, takut, malu atau memalukan, dan bersalah. Kesemuanya adalah semulajadi dan muncul di dalam beberapa bulan yang paling awal dalam kehidupan untuk mempengaruhi kelakuan bayi itu. Dalam perkembangan seseorang individu itu, pembelajaran mempengaruhi isyarat atau pengaktif yang mengeluarkan emosi ini, proses kognitif yang membentuk reaksi dan respon berhubung emosi ini (Izard,1992). Keputusannya adalah emosi yang semulajadi ini menjadi tersendiri dalam mempamerkannya melalui pembelajaran dan pengalaman secara umumnya. Setiap orang dilahirkan dengan emosi asas yang sama iaitu marah, sebagai contohnya. Walaubagaimanapun, seorang akan mempelajari untuk mempamerkannya melalui tindakan verbal, yang lain pula menerusi tindakan fizikal yang aggresif.
Pengaktif adalah rangsangan atau situasi di mana, secara asasnya menyebabkan emosi itu dipamerkan. Sebagai contohnya, salah seorang dari kawan anda mungkin mempelajari untuk menjadi takut kepada anjing yang besar, tetapi anda, tidak takut kepada anjing itu tetapi amat gayat. Anda dan kawan anda mempunyai emosi asas yang sama tetapi dikeluarkan oleh pengaktif yang berlainan. Proses kognitif mungkin berbeza diantara seseorang itu dengan orang lain, menyebabkan terdapat perbezaan dalam cara memandang situasi emosi itu. Menghadapi situasi secara tiba-tiba apabila mendengar arahan “ sila simpan kesemua buku dan nota di bawah meja, kita akan adakan pop kuiz”, kawan anda mungkin melihat grednya akan merosot. Penilaian kognitif menyebabkannya untuk meramalkan kemusnahan, dan panik ketika menjawab kuiz itu. Anda pula, berlainan, mungkin berfikir yang kuiz itu adalah peluang untuk anda meningkatkan gred dan anda menghadapinya dengan tenang. Pendekatan untuk mengawal situasi emosi ini juga dipengaruhi oleh pembelajaran. Seseorang akan mengawal rasa takutnya terhadap anjing dengan mengelakkan diri daripada anjing itu, manakala orang lain akan menghadapi rasa takut itu dengan menjadikan anjing itu sebagai haiwan peliharaan.
Menurut ahli teori biologi, kemudiannya, emosi yang dipamerkan adalah untuk melambangkan kematangan fisiologi. Tetapi, walaupun emosi adalah semulajadi, gaya manusia mempamerkan dan pengaktif emosi itu adalah dipengaruhi oleh pembelajaran dan persekitaran, sepertimana kaedah untuk mengawalnya.
Pandangan teori pembelajaran terhadap pengalaman.
Mengambil kira pandangan bahawa emosi adalah secara asasnya adalah bersifat biologi dan dipengaruhi oleh pembelajaran secara minor adalah idea yang menunjukkan bahawa semua emosi boleh dipelajari. Ujian klasik mengenai hipotesis ini telah dijalankan oleh Neal Miller (1948,1951), yang mengkaji mengenai ketakutan sebagai suatu emosi yang diperolehi apabila digerakkan. Miller berpendapat bahawa ketakutan tidak mempunyai asas biologi. Ketakutan bukan tergolong dalam emosi yang semulajadi dan kelakuan yang ditimbulkan oleh emosi seperti ini mesti dipelajari. Untuk membuktikan pendapat ini, beliau melakukan eksperimen yang melibatkan ‘shuttlebox’ yang mempunyai 2 bahagian, satu bahagian dicat dengan warna putih dan satu bahagian lagi dicat dengan warna hitam. Tikus akan diletakkan kedalam satu bahagian, di mana mereka menerima kejutan elektrik. Hanya satu sahaja cara untuk mengelakkan renjatan elektrik itu iaitu tikus itu mesti melarikan diri melalui pintu kebahagian lain. Separuh daripada tikus itu menerima renjatan elektrik dibahagian yang berwarna putih melarikan diri ke bahagian yang berwarna hitam. Manakala sebahagian lagi menerima renjatan elektrik di bahagian yang berwarna hitam melarikan diri kebahagian yang berwarna putih. Pada mulanya, tikus-tikus itu menjerit, berlari, dan melompat sebagai tanda akibat daripada renjatan itu sehinggalah mereka bertembung di pintu dan melarikan diri kebahagian yang lain. Selepas beberapa kali percubaan, walaubagaimanapun, tikus yang menerima renjatan elektrik di bahagian berwarna putih, sebagai contohnya, akan melarikan diri kedalam bahagian yang berwarna hitam sebaik sahaja mereka diletakkan didalam kotak itu, menunjukkan bahawa tikus itu telah mempelajari untuk takut kepada bahagian yang berwarna putih. Ini menunjukkan bahawa warna putih yang menjadi factor timbulnya rasa takut itu.
Oleh kerana ketakutan boleh dipelajari, Miller menutup pintu dikedua-dua bahagian dan tikus-tikus itu terpaksa belajar untuk memusingkan roda bagi membuka pintu dan melarikan diri. Walaupun tiada renjatan elektrik yang dikenakan, tikus-tikus itu sangat takut dikenakan kejutan elektrik di bahagian yang berwarna putih dan memusingkan roda dengan laju dalam usaha untuk melarikan diri. Mereka bukan sahaja belajar mengenai emosi malah sebagai alat untuk mempelajari kelakuan baru. Kita akan lihat sekali lagi betapa rapatnya emosi dengan tujuan yang menggerakkannya. Clark Hull dan ahli teori yang lain menggunakan kajian Miller untuk menerangkan bagaimana motif sekunder dan emosi- dimana membentuk asas kepada kebanyakan kelakuan manusia- diperolehi semasa proses pembelajaran.
Kes klasik, Little Albert (Bab 6), iaitu bayi yang takutkan tikus putih apabila bunyi bising dipasangkan bersama, menunjukkan bahawa manusia boleh mempelajari rasa takut. Walaubagaimanapun, terdapat had-had yang tertentu dimana manusia boleh mempelajari takut melalui objek-objek tertentu. Kanak-kanak boleh takut kepada beberapa objek seperti bulu, ulat, dan kucing hitam, tetapi teknik yang sama tidak boleh mengajar mereka untuk takutkan warna baju, kaca opera atau mainan kayu (Marks,1977; Seligman, 1970, 1971). Ini menunjukkan manusia adalah bersedia secara genetiknye untuk mempelajari takut kepada sesetengah objek berbanding yang lain (Seligman, 1970)
NORHAZILAH BINTI MOHAMAD
A106775
rizqee_freedom13@yahoo.co.uk

AZRIZAL BIN ZAINAL
A106964
Mengeksperi wajah secara semulajadi
Mengikut jejak langkah Darwin, seorang ahli teori moden Carroll Izard (1971,1993) mencadangkan bahawa emosi telah berevolusi selari dengan evolusi otak. Peningkatan kerumitan otak dapat dikaitkan dengan peningkatan jumlah emosi dan kerumitan untuk mengekpresi emosi itu. Menurut Izard, mekanisme saraf bagi kedua-dua ekspresi wajah dan persepsi untuk mengekspresi emosi itu adalah semulajadi (Izard, 1994). Tambahan lagi, sepertimana Tomkins, beliau percaya bahawa pengalaman emosi diaktifkan oleh respons ransangan saraf daripada wajah. Ekspresi wajah adalah berpandukan kepada ekspresi emosi yang subjektif- senyuman menghasilkan kegembiraan, memasamkan muka untuk menunjukkan perasaan marah (lihat Jadual 13-5).
Seperti yang telah ditegaskan oleh Darwin dan Izard: Jika setiap emosi major berkait rapat dengan ekspresi wajah yang spesifik dan jika ekspresi wajah adalah semulajadi, ini menunjukkan bahawa emosi itu sendiri adalah semulajadi. Apabila kita berfikir tentangnya, ini adalah idea yang menarik: Meskipun terdapat banyak perbezaan dikalangan manusia daripada budaya yang berbeza, senyuman, bermasam muka, dan lain-lain ekspresi wajah keatas emosi mungkin tidak dipengaruhi oleh latar belakang budaya. Emosi yang merentasi budaya adalah bersifat sejagat kerana emosi adalah ciri semulajadi bagi semua spesies manusia. Buktinya adalah daripada dua jenis kajian yang telah dijalankan iaitu ‘Newborn studies’ dan ‘Cross cultural studies’.
Born to smile. Kajian keatas bayi baru lahir menunjukkan kesemua ekspresi emosi yang muncul ketika lahir, termasuklah perasaan jijik, tertarik, terkejut, tersenyum dan tertekan (Izard, 1978, 1992). Kemarahan dan terkejut diekspresi ketika usia bayi mencecah 3 atau 4 bulan, dan malu serta takut boleh dilihat ketika bayi mencecah usia 5 atau 6 bulan. Perasaan berpuas hati boleh dilihat di penghujung usia setahun, dan bersalah muncul diperingkat awal usia 2 tahun (Izard, 1978).
Hasil kajian ini telah membuatkan sesetengah pengkaji membuat kesimpulan bahawa emosi yang dizahirkan ketika lahir adalah semulajadi dan ekspresi yang berkembang menunjukkan kematangan fungsi fisiologi di bulan-bulan terawal usia bayi adalah bahagian terbesar yang boleh diwarisi. Walaubagaimanapun, sesetengah kajian mengenai ekspresi wajah bayi yang tidak menyokong hipotesis Izard mencadangkan bahawa pergerakan mata dan kepala, selain daripada emosi yang spesifik, mungkin bertanggungjawab keatas sesetengah ekspresi wajah (Camras, 1992; Michel et al., 1992). Tambahan pula, tiada cara lain untuk kita menilai emosi yang diekspresikan oleh bayi secara terus. Apabila bayi tersenyum, adakah bayi itu gembira? Bila bayi itu mengerutkan muka, adakah bayi itu marah? Ataupun adakah mungkin ekspresi wajah ini menggambarkan emosi tertentu secara spesifik dan emosi yang dialami kemudiannya terikat kepada ekspresi yang telah dipelajari? Tidak dinafikan lagi bahawa literature mengenai bayi menyokong konsep mengekspresi wajah secara semulajadi (Izard, 1994).
‘Cross-cultural Studies’. Jika ekspresi wajah tidak dilahirkan, mungkin ia sama bagi semua budaya. Paul Ekman (1994), seorang lagi ahli teori dan pengkaji yang terbesar, juga percaya bahawa hipotesis Darwin mengenai kesejagatan merentasi budaya adalah benar. Beliau menyatakan bahawa emosi manusia telah berevolusi sejak berzaman lagi (Ekman,1992). Emosi yang memberi manfaat yang besar dalam kehidupan sentiasa wujud manakala emosi yang tidak memainkan peranan penting dalam kehidupan telah disisihkan. Emosi yang tinggal ini telah menjadi emosi asas atau emosi primer kita, dan berdasarkan kepada emosi inilah kepelbagaian emosi yang dirasai manusia dibina (Ekman, 1993).
Darwin telah melihat kesejagatan budaya ini melalui soal selidik yang telah beliau sediakan, tetapi pengkaji-pengkaji moden telah mereka kaedah yang lebih sofistikated, termasuklah penganalisaan menggunakan komputer iaitu menggunakan gambar-gambar wajah (Pilowsky & Katsikitis, 1994). Ekman (1972), contohnya, telah menunjukkan gambar-gambar seperti dalam gambarajah 13-4 kepada pelajar-pelajar kolej di Amerika Syarikat, Brazil, Chile, Argentina, dan Jepun, dan kemudiannya menyuruh mereka untuk meneka emosi yang diekspreskan. Beliau mendapati terdapat keseragaman yang tinggi diantara kelima-lima budaya ini, walaupun terdapat sedikit perbezaan. Wajah yang menggambarkan keceriaan, sebagai contohnya, diundi sebagai gembira sebanyak 95% hingga 100%, manakala wajah yang menggambarkan ketakutan diundi dengan tepat sebanyak 54% hingga 85%.
Pengkritik menyatakan bahawa kajian awal mengenai kajian ini melibatkan budaya yang terdidik dan berkongsi latar belakang budaya yang sama. Sebagai balasannya, Ekman dan kawannya telah menjalankan kajian di kawasan yang terpencil, kawasan yang mempunyai rakyat yang buta huruf seperti di Borneo dan New Guinea (Ekman, 1971). Kajian ini, sepertimana kajian yang telah dibuat kepada budaya yang berilmu, menunjukkan peratus keseragaman yang tinggi dalam meneka emosi yang diekspresikan oleh gambar-gambar itu, oleh itu mengesahkan hasil kajian merentasi budaya.
Walaupun sangat sedikit kajian menunjukkan tiada bukti berkenaan emosi sejagat, banyak dilakukan (Russell, 1994). Satu kumpulan peninjau telah melakukan kajian di 37 negara dan 5 benua (Scherer & Wallbott, 1994). Mereka menyimpulkan bahawa terdapat pola yang stabil mengenai tindakbalas emosi merentasi budaya. Budaya membezakan tentang bagaimana emosi diwujudkan dan dihasilkan, tetapi bukan tentang bagaimana emosi itu di ekspresikan. Ekman (1993) juga telah menemui kesimpulan yang sama dan juga menyatakan bahawa apabila subjek secara sukarelanya menghasilkan emosi wajah yang spesifik, ini juga disertakan oleh perbezaan pola penyalaan emosi yang sistematik di dalam autonomic dan system saraf pusat (Ekman, 1992).
Sepertimana yang Ekman(1973) nyatakan, hasil kajian beliau tidak semestinya bermaksud bahawa ekspresi emosi adalah semulajadi. Sebenarnya, bukti kesejagatan dalam mengekspresi emosi adalah terhad kepada emosi yang dikaji dalam kajian Ekman: Kegembiraan, jijik, terkejut, kesedihan, marah dan takut. Tambahan lagi, walaupun dalam emosi-emosi ini, hanya ekspresi wajah yang separa sahaja wujud dalam sesetengah budaya. Apakah, sebenarnya, yang kita boleh simpulkan? Adakah patut untuk kita katakan sekarang ini terdapat keseragaman merentasi budaya dalam persetujuan mengenai ekspresi emosi ini dan ia adalah semulajadi. Walaubagaimanapun, ekspresi wajah yang tidak dilahirkan boleh diubahsuai mengikut pengalaman budaya.
TEORI KOGNITIF.
Dalam proses perbentukkan teori phsykologikal, terdapat beberapa teori moden mencadangkan bahawa kognitif atau secara amnya digelar sebagai pemikiran mempunyai beberapa aspek dalam menginterpretasi dan membentuk emosi (Hesse & Spies, 1993; Matthews & Macleod, 1944). Teori yang utama telah menyatakan bahawa aspek perlabelan kognitif ditentukan berdasarkan kepada emosi yang dilalui oleh seseorang individu. Satu hipotesis yang telah diabstrak menunjukkan bahawa seseorang individu itu kebiasaannya telah mengexpresi sesuatu perasaan itu pada situasi yang salah.selain itu juga, terdapat juga teori yang menyatakan bahawa bagaimana sesuatu keseronokan itu boleh dipindahkan dari satu sumber kepada sumber yang lain.Tambahan, kesimpulan awal teori kognitif menzahirkan bahawa proses pemikiran adalah tunjang dan bertanggungjawab dalam mencetuskan kedua-dua tindak balas emosi dan kelakuan dibentuk untuk disesuaikan dengan sesuatu situasi emosi. Kebangkitan interpretasi physokologi berdasarkan kepada isyarat situasi dan pengalaman lalu, mengidentifikasikan emosi berhubung dengan kebangkitan. Apabila emosi tercetus,kebangkitan physokologi emosi tidak berhubung dengan mana-mana emosi tertentu. Anggapan kamu tentang cetusan emosi itu akan menyebabkan kamu megelaskan kebangkitan ini yang mewakili emosi-emosi tertentu. Sekiranya kamu mengalami situasi seperti degupan jantung yang berdenyut kencang, bernafas dalam kadar yang laju, dan pernambahan tekanan pada otot, ini menunjukkan kebangkitan emosi takut apabila kamu berhadapan dengan perkara seperti terserempak dendan perompak misalannya.Tetapi ianya akan berlaku perubahan secara physokologi apabila kamu berhadapan dengan keadaan dimana kamu tertarik dengan jantina yang berbeza dan hal ini akan ditafsirkan sebagai cinta atau keterujaan seksual. Jika tiada penerangan kurang jelas mengenai kebangkitan emosi anda, kognisi anda akan meleraikannya dengan memberi emosi label yang setaraf sengan emosi anda. Antara lain pula, tiada emosi akan dijanakan jika tiada lansung kebangkitan physkologi dalam diri anda. Dalam hal yang berkaitan, physkologi dan permikiran kita dikehendaki dalam melahirkan emosi.
Disamping itu, untuk menguji bahawa teori ini benar, Schacther dan pembantu penyelidik Jerome Singer (1962) yelah menjalankan satu ujikaji secra tradisi serta menimbulkan kontroversi dalam kajiannya. Dalam kajian ini, subjek diberi taklimat mengenai kesan komponen vitamin yang kakn disuntik pada badan mereka. Malangnya, semua subjek tidak mengetahui bahawa mereka diberikan suntikan dendan sejenis cecair epinephrine dimana cecair ini akan menigkatkan kadar tekanan darah, kadar degupan jantung, proses pernafasan kenaikan paras gula dalam darah yang akan menyebabkan mereka mengalami kadar degupan jantung dengan kadar yang begitu cepat, pernafasan dengan kadar yang laju, dan mengigil. Selepas diberikan suntikan, mereka telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu:
KUMPULAN YANG DIBERITAHU: subjek pada keadaan disuntik, mereka diberitahu bahawa terdapat kesan sampingan terhadap mereka seperti simptom kebangkitan.
KUMPULAN YANG DIBERITAHU DENGAN KENYATAAN YANG SALAH: subjek dinyatakan bahawa kesan dadah yang ada pada ubat itu akan menyebabkan simptom seperti pening kepala, kegatalan, kebas kaki, dan simptom yang tidak berkaitan langsung dengan epinephrine.
KUMPULAN YANG TIDAK DIBERITAHU: subjek diberitahu bahawa tiada kesan keatas suntikan vitamin itu.
KUMPULAN KAWALAN: subjek diberiakn suntikan dari cecair saline dimana tiada kesan luaran dan bertindak sebagai ubat.
Selepas diberikan suntikan, subjek disuruh untuk tunggu didalam satu bilik khas dimana mereka ditemani oleh pengkaji. Dalam satu keadaan ujikaji, para pengkaji telah berlakon sebagai seorang yang ceria dan mereka telah menjalankan aktiviti-aktiviti seperti bermain bola keranjang dengan menggunakkan kertas terbuang dan bermain kapal terbang kertas. Pada keadaan seterusnya, para pengkaji memberikan borang kaji selidik yang harus dipenuhi. Keadaan menjadi bertambah tertekan apabila soalan yang diberikan semakin mengkhusus kearah peribadi dan memualkan, pengkaji menjadi bertambah marah sehingga mereka menoyakkan kertas soal selidik itu dan keluar dari bilik.
Dalam hal ini, kelakuan kumpulan yang tidak diberitahu telah menarik minat Schacther dan Jerome Singer. Bagaimanakah mereka berhubung dengan kebangkitan emosi mereka? Hasil kajian menunjukkan bahawa kumpulan yang tidak diberitahu menunjukkan mereka begitu gembira apabila para pengkaji berlakon seperti dalam keadaa gembira dan mereka berubah emosi marah apabila pengkaji menjadi pemarah. Disamping itu juga, kumpulan yang diberikan dengan kenyataan yang salah juga akan bertindak seperti apa yang telah dilakukan oleh pengkaji. Bagi kumpulan kawalan pula, mereka tidak menunjukkan sebarang perubahan emosi. Sementara itu, dalam kalangan kumpulan yang tidak diberitahu pula, mereka tidak terlibat dalam perubahan emosi yang dilakukaan oleh pengkaji malah sebaliknya, mereka telah membangkitkan emosi terhadap dadah yang diberikan.
Malangnya, hasil kerja Schachter’s telah dikritik hebat oleh para pengkritik pada masa itu dan cubaan untuk mempelbagaikan keputusan ujiannya telah menimbulkan banyak keraguan(Olbrich, 1979). Masalah pertama yang telah dikesan oleh para pengkritik ialah bahawa anggapan Schachter’s yang menyatakan bahawa emosi kebangkitan membawa kepada persamaan dan identiti bagi setiap emosi. Tetapi malangnya teori ini adalah tidak benar (Leverson, 1992). Tambahan pula, simptom-simptom kebangkitan emosi seperti degupan jantung,ditafsirkan sebagai emosi negatif berbanding yang positif (Marshall & Zimbardo, 1979).
Masalah ketiga ialah proses perlabellan yang dilakukan oleh Schacter’s merujuk kepada keadaan yang terdapat pada buku novel yang menggunakan kebangkitan emosi yang biasa ( Cotton, 1981). Isu yang seterusnya ialah proses melabelkan emosi ialah berdasarkan kepada pengalamnan yang lalu bukan yang berlaku pada masa sekarang yang disebabkan oleh faktor-faktor tertentu (Maslach,1979). Akhirnya, anggapan Schacter’s bahawa kesemua emosi yang terlibat adalah berdasarkan kepada proses neurokimia adalah tidak tepat sama sekali (Ekman et al., 1983).
Meskipun terdapat pelbagai kritikan dan banyak sudut pandangan negatif, teori Schacter’s telah membawa kepadakesan kajian terhadap emosi. Ianya merupakan sebahagian daripada keseluruhan kajian yang dijalankan tetapi juga kepada bilangan teori yang wujud dan pandangan emosi dari sudut permikiran secara amnya.
NAMA:MUHAMMAD AZFAR BIN MOHAMED
NO MATRIK: A119517
FAKULTI:SAINS DAN TEKNOLOGI
http://books.google.com.my/books?hl=en&id=l4ocABtQQUcC&dq=The+Expression+of+the+Emotions+in+Man+and+Animals&printsec=frontcover&source=web&ots=APF77L5aTn&sig=lam-yrDRhVAnWUiyc3vTWx9jINk&sa=X&oi=book_result&resnum=3&ct=result#PPA344,M1
The URL above is for the book "The Expression of the Emotions in Man and Animals" by Charles Darwin. There are some pages missing due to the author's copyright. Enjoy the book... =)
Regards,
Foong See Mun (A110980)
Encik Zamri, this is something for u to read on:http://books.google.com.my/books?id=4_8_ZyqMaaYC&dq=understanding+emotion&printsec=frontcover&source=bl&ots=jHtUdPBk1c&sig=BdIIa4Yq44IaDvjrEOu0qCYhqOQ&hl=en&sa=X&oi=book_result&resnum=7&ct=result#PPP1,M1
The URL is for the book 'on understanding emotions'.
I also would like to enquire if its possible for me to do the Tugasan Individu in English?
Thank you,
-sonia kumari-
A117682
soniaakamoney@gmail.com
Encik Zamri,
This is an interesting link that involve Cognitive Psychology with the title " Doodling Can Help Memory"
http://health.yahoo.com/news/healthday/takenotedoodlingcanhelpmemory.html
Regards,
Foong See Mun (A110980)
Post a Comment