Friday, August 29, 2008

Wawancara Dengan Penagih Dadah

Berikut ialah wawancara seorang sahabat saya, seorang guru dengan seorang penagih dadah.
azamri.

Assalamualaikum,para guru, murid dan ibu bapa sekalian,2 hari lepas saya mengikuti rombongan pelajar SPADA, (Special Programme Alkohol and Drug Abuse) ke Pusat Serenti Bukit Chabang. Perlis.Sebelum itu, kami bermalam di Pondok Pesantren Remaja Inabah 1Malaysia di Kuala Nerang Kedah.Dan seminggu sebelum ini, saya ke Christian Care Centre, Subang. kadang-kadang jadual saya terpaksamengikuti operasi malam di Lorong Haji Taib, bersama JAWI, DBKL dan lain sebagainya. Begitulah corak hidup saya selama 9 bulan ini. Apa yang nak saya kongsi adalah hasil temubual saya dengan seorangbekas penagih dadah tegar selaman 8 tahun. Temubual ini saya rasa perlu dikongsi dengan ahli komuniti masyarakat setempat saya berada atas nama tanggungjawab terhadap masyarakat. Kerana hasil temubual ini melibatkan peranan anggota keluarga.

Tanpa menyatakan nama sebenar klien, dan dari mana ia berasal, saya bertanya punca ia menagih. Katanya ia lahir sudah pun ketiadaan bapa, sebab bapanya kahwin lain dan tak balik-balik ke rumah, ia anak bongsu dari 6 beradik. Jadi mak lah terpaksa menoreh getah untuk membesarkan mereka sekeluarga. Perasaan benci pada ayah sangat kuat. Kerana tak pernah menghulurkan nafkah, disamping membiar kami sengsara. Tentang pelajaran apalagi, saya tidak begitu berminat. Hanya sampai tingkatan 3. Itu pun tak habis. Tension, geram dan benci semua ada dalam diri. Saya bekerja untuk membantu emak. Dalam pada itu, ada kawan menyatakan kau try lah benda ni. Saya pun mula mencoba untuk menghilang rasa runsing. memang risau saya hilang. dan anehnya, bila makan dadah, sata rasa bersemangat buat kerja, tau-tau hari dah petang dan tubuh pun berpeluh. Lain kalau tak makan dadah, rasa penat dan tak larat sekali untuk mengangkat barang yg sepatutnya boleh saya buat. begitu saya sehingga 8 tahun. Apabila duit habis untuk membeli bendai tu, fikiran saya ligat mencari idea. Saya tak keseorangan, ternyata kawan-2 pula mudah di ajak untuk Kawan mencuri dan merompak. Semua kerja gila saya lakukan, kecuali membunuh.

Ditanya apakah masa tu kamu tak ada perasaan takut dan bersalah? Tak...takut memang tiada. Macam mana boleh tertangkap? Saya masa tu tengah naik motor, dan dalam poket saya ada benda tu. Polis ajak ke balai. Saya pula memang tak berdaya untuk melawan kerana lemah. Lalu saya disoal siasat dan di sinilah saya hari ini.

Apa harapan kamu bila keluar nanti? Saya nak jauhkan benda tu. Dan bekerja noreh getah bantu emak.

Demikian sekilas cuplikan wawancara saya dengan klien. Yang membuat saya ingin kongsi ialah, peranan keluarga terutama sang ayah yang menjadi driver dalam rumahtangga. Begitulah jadi anaknya kalau bapa tak bertanggungjawab. Firman Allah. Jagalah dirimu dan keluargamu dariapi neraka. Anda ada cerita untuk dikongsi?Silakan emel pada saya.

No comments: