Wednesday, August 20, 2008

Happiness Is not Just A Warm Puppy?

Happiness is not just a warm puppy ialah satu ekspresi yang disebut dalam artikel Barry Smith dalam artikel beliau pada halaman 485. Ianya merupakan tajuk kepada siri komik 'Peanut' dimana pelukis/pengarangnya ialah Charles Schults, seorang kartunis terkenal. Dalam siri komik tersebut, tema 'happiness' digunakan, selain daripada "happiness is a warm puppy", tajuk lain ialah "Happiness is sleeping in your own bed", "Happiness is some black, orange, yellow, white and pink jelly beans, but no green ones," "Happiness is one thing to one person and another thing to another person," dan sebagainya. Istilah 'warm', selain daripada bermaksud panas dan hangat, ia juga bermaksud 'mesra' atau 'manja'.

Saya melihat "happiness is not just a warm puppy" bermaksud, 'kebahagiaan tidak hanya bila anda memiliki anak anjing yang manja'. Bagi masyarakat barat, salah satu punca kebahagiaan seseorang ialah bila dapat memiliki anak anjing manja yang dapat dibawa berjalan di taman dan bermain bersama-sama. Setengahnya cuba mencari anak anjing yang comel, contohnya baka 'Chi-hua-hua' yang berasal dari negara China. Setengahnya berpendapat, ada anak anjing lebih membahagiakan berbanding dengan ada anak sendiri kerana anak anjing akan ikut perintah dan boleh di ajak bermain, anak sendiri sebaliknya, tak dengar kata, buat hal sendiri dan tidak dapat memberikan kebahagiaan kepada ibubapa.

Ulasan Smith ialah seperti berikut: Schultz berpendapat anda gembira bila ada anak anjing yang manja, tapi kemungkinan pada anda erti kebahagiaan adalah lebih daripada itu. Pada anda kebahagiaan lebih kepada kewangan, kesihatan, ada anak dan sebagainya. Penerangan ini adalah di dalam konteks masyarakat Barat. Perumpamaan kepada masyarakat Islam dan masyarakat yang tidak menjadikan anjing sebagai 'pet' ialah 'kebahagiaan ialah tidak hanya bila anda memiliki anak kucing yang manja'.

Azamri
--------- Original Message --------
> En Azamri, saya kurang faham maksud "happiness is not just a warm puppy" boleh En Azamri terangkan maksud tersirat di sebalik ayat itu?> >

1 comment:

a124105 said...

bolehkah istilah ini diadaptasikan dalam masyarakat malaysia kerana masyarakat barat bersifat induvidualisme manakala masyarakat malaysia penuh dengan kasih sayang dan kekeluargaan. Sudah tentu akan lebih bahagia apabila memiliki anak sendiri daripada binatang peliharaan.

a124105