Saturday, August 21, 2010

Proposal Kumpulan Ef Yu


Proposal Kumpulan Ef Yu

Tajuk

Pengurusan emosi kecewa dalam kalangan pensyarah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Kajian

Mengenalpasti permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh pensyarah dalam menguruskan emosi kecewa.

Mengkaji bagaimana pensyarah menguruskan emosi kecewa apabila berhadapan dengan rekod akademik pelajar yang teruk, disiplin pelajar yang tidak memuaskan serta prestasi pelajar yang menurun.

Rasional Kajian

Emosi kecewa wujud dalam setiap insan.  Akan tetapi, emosi kecewa dalam kalangan pensyarah         dipilih kerana pensyarah merupakan orang yang penting untuk mengajar dan mendidik pelajar, mahasiswa dan mahasiswi di institute-institut pengajian tinggi.  Pengorbanan pensyarah dalam mencurahkan ilmu kepada mahasiswa dan mahasiswi tidak pernah mengenal erti letih dan seharusna dibalas dengan keputusan yang cemerlang dan rekod akademik yang  memberansangkan bukan di atas kertas malah dalam keterampilan diri dan disiplin pelajar.  Selain itu, kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti cabaran-cabaran dan permasalahan yang dihadapi pensyarah diatas kekecewaan   mereka melihat potensi dan prestasi pelajar yang jatuh merudum.

Kaedah kajian

Kaedah kajian terbahagi kepada dua jenis, kualitatif dan kuantitatif.  Kaedah kualitatif adalah kaedah kajian yang dilakukan secara temubual dan mengutip jawapan daripada responden secara lansung dan dirakamkan dalam bentuk audio mahupun video sebagai bukti kajian.  Kaeda kuantitatif lebih menjurus kepada dapatan secara berkelompok yang mana ia dilakukan dalam skala yang besar menerusi pengiraan statistik dan jawapan daripada soalan-soalan yang dikemukakan dalam boring soal selidik.  Data-data akan dikumpulkan dan direkodkan dalam bentuk jadual dan graf.  Kami menjalankan kajian ini menerusi kaedah kualitatif yang mana kami akan menemubual responden-responden yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah UKM.

Jangkaan Dapatan

Kami menjangkakan dapatan kami akan  berteraskan langkah-langkah dan inisiatif positif oleh pensyarah dalam berhadapan dengan emosi negative ini.  Pensyarah menjadi contoh untuk para mahasiswa dan mahasiswi dan sikap mereka akan sedikit sebanyak diikuti oleh pelajar.  Punca-punca yang menjurus kepada emosi negative akan dikenalpasti dan ia member kesedaran kepada para pelajar agar tidak mengecewakan lagi emosi pensyara-pensyarah mereka.


Proposal Kumpulan Violet

Selamat sejahtera~ Nama kumpulan kami adalah Violet. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu Aimi Amirah Binti MD.Desa, Nur Afifi Jamaluddin, Nur Sufiah Mohd.Fazdil, dan Tan Kah Yee. Konsep-konsep yang berikut adalah hasil cadangan proposal Tugasan 2 Pengurusan Emosi kumpulan kami selepas perbincangan diadakan.

 

Tajuk

Kajian yang kumpulan kami ingin jalankan ialah pengurusan emosi dalam kalangan pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Tujuan Kajian

1.       Bagaimana pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia menguruskan emosi marah mereka?

2.       Apa cabaran atau rintangan yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi marah mereka?

 

Rasional

Kumpulan kami menentukan emosi marah sebagai emosi yang kami ingin mengkaji kerana kami semua bersetuju sepakat bahawa emosi marah merupakan satu emosi yang sukar dikawal. Seseorang itu yang berada dalam keadaan marah perlu mengambil masa yang panjang bagi menjadikan diri sendiri tenang. Biasanya kami akan tidak dapat berfikir dan mengambil keputusan yang betul dalam keadaan marah. Pendek kata, kami ingin tahu bagaimana dapat menguruskan emosi marah dengan berkesan. Lagipun, kami memilih pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai informan kajian kumpulan kami. Hal ini disebabkan pemandu-pemandu bas UKM merupakan sekumpulan orang yang kami akan berurusan setiap hari. Selain itu, pemandu-pemandu bas UKM perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar setiap hari. Kemungkinan besar kerenah seseorang pelajar akan menyebabkan mereka marah. Oleh itu, mereka perlu berupaya menguruskan emosi marah mereka bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kerana seseorang itu yang berada dalam keadaan marah tidak dapat berfikir dan menjalankan tugas dengan tenang. Selain itu, pemandu-pemandu bas UKM merupakan informan yang mudah dijumpai dalam UKM.

 

Kaedah Kajian

Kaedah yang kami gunakan untuk menjalankan kajian kami ini ialah temubual. Pertama, kami akan mendapatkan surat pengesahan daripada pensyarah Pengurusan Emosi untuk menemu bual informan kami (Setiap ahli kumpulan akan menemubual seorang informan masing-masing). Kemudian, kami akan menentukan soalan-soalan yang akan ditanya semasa temubual. Soalan-soalan tersebut merupakan panduan kami bagi menjalankan temubual. Kami juga akan menyediakan borang persetujuan dan borang maklumat informan. Tambahan pula, kami akan menyediakan alat perakam suara supaya temubual yang dijalankan dapat dirakam sebagai rujukan kami semasa menyediakan kertas kerja. Selepas itu, kami akan menjalankan temubual dengan informan masing-masing. Data-data yang dikutip akan dianalisis oleh setiap ahli masing-masing. Setelah itu, kami akan mengadakan mesyuarat untuk menganalisis data scara keseluruhan lalu kami akan menjalankan pembentangan. Akhirnya, kami akan menyediakan satu tulisan kerja berdasarkan analisis dan pembentangan kami. Kertas kerja akan disediakan dalam format hardcopy dan softcopy.

 

Jangkaan Dapatan

Selepas pembincangan kami, kami menjangka pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia dapat mengawal emosi marah dengan berkesan. Selain itu, kami dapat mengetahui bagaimana mereka menguruskan emosi marah mereka, contohnya melalui cara sukan, muzik, hobi, membaca buku dan sebagainya. Lagipun, mereka juga berpadukan kepada ajaran agama dalam menguruskan emosi marah mereka. Ataupun mereka dapat merasakan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dalam menguruskan emosi marah.

 

Di samping itu, kami menjangka terdapat juga pemandu-pemandu bas UKM yang menghadapi cabaran dalam menguruskan emosi marah mereka. Misalnya, kadang-kala mereka tidak dapat menguruskan emosi marah mereka dan tidak dapat mengawal diri sendiri ketika dilanda masalah emosi. Selain itu, mereka juga akan ragu-ragu untuk meluahkan isi hati mereka kepada orang lain.

 

Kami pun menjangka bahawa kami akan dapat belajar perkara-perkara yang baru tentang pengurusan emosi selepas kajian ini.

Proposal Kumpulan Bittersweet

CADANGAN KAJIAN

Tajuk

Emosi Menjana Kesempurnaan Kehidupan Seharian iaitu pengurusan emosi seseorang pemimpin yang mampu menjadikan hidup mereka bahagia dan tenang.

Tujuan

·         Untuk mengenalpasti keberkesanan teknik pengurusan emosi seseorang pemimpin apabila mereka berhadapan dengan masalah dalam mengendalikan kerja dan tugasnya.

·         Untuk mengkaji bagaimana seseorang pemimpin itu mengatasi emosi negatif yang melanda dirinya tanpa menjejaskan dirinya.

 

Rasional

            Emosi merupakan tunggak utama dalam kejayaan seseorang dan ia dapat menggambarkan sejauh mana ketepatan dan kesempurnaan dalam hasil kerja yang dilakukan. Walaupun pemimpin terpaksa menghadapi pelbagai emosi dan cabaran, mereka menjalankan kehidupan seharian seperti mahasiswa yang lain tanpa menjejaskan komitmen dan tanggungjawab mereka di universiti ini. Mereka telah memikul tanggungjawab yang agak besar didalam sesebuah organisasi. Jadi, sudah semestinya tekanan dan emosi berlaku kerana mereka juga mahasiswa dan mahasiswi yang memberi perhatian kepada akademik. Mereka pasti mahir dalam menguruskan emosi kerana akibat tekanan dalam membahagikan masa, membimbing, mesyuarat dan lain-lain. Walaubagaimanapun, mereka masih memberikan senyuman walaupun sebenarnya kita semua tahu bahawa merka pasti tertekan dengan tugas yang diberikan.

Kaedah Kajian

·         Temubual - menemuramah pemimpin ini dengan bertanyakan soalan yang           berkait rapat dengan objektif kajian iaitu bagaimana pemimpin ini menguruskan emosi mereka dengan masalah dan cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut.

 

·         Bahan rujukan – mencari rujukan melalui blog "ZZZT 2253 Pengurusan Emosi" di internet. Terdapat pelbagai bahan rujukan yang boleh dirujuk melalui blog ini seperti La Tahzan, 7 Smith's Emotion, Emosi di Tempat Kerja dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan emosi.

 

-Mencari rujukan dalam kajian- kajian yang telah dibuat. Kajian yang dimaksudkan adalah kajian yang telah dipelajari di kuliah seperti kajian dimana kita boleh dikaitkan dalam emosi ini.

 

 

 

Jangkaan Dapatan

 

1.    Berdasarkan pemerhatian kami, kami menjangkakan mereka menguruskan emosi dengan cara bersukan. Mereka bermain futsal, sepak takraw, berjoging, dan berjalan pada waktu petang dimana tiada kelas pada waktu petang. Kebanyakkannya, mereka bermain bersama teman rapat.

2.    Selain itu, terdapat juga pemimpin yang melepaskan kemarahan mereka kepada individu lain kerana berlaku pemindahan emosi dari sebelumnya. Ada terdapat individu yang hidupnya nampak bahagia dan memberikan senyuman kepada orang di sekelilingnya.

3.    Mereka juga meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk melepaskan emosi tertekan dan juga mendapatkan nasihat mahupun kata-kata semangat. Mereka bertukar-tukar cerita dan masalah yang dihadapi kepada rakan-rakan mereka. Ada kalanya diseliti sengan cerita yang lucu dan ketawa bersama dan seterusnya masalh mereka dapat dilupai sementara waktu.

4.    Pembacaan buku-buku ilmiah seperti La Tahzan, serta buku agama turut menjadi salah satu cara untuk mereka sebagai pemimpin mengawal emosi mereka dalam menguruskan sesuatu tugas. Pemimpin-pemimpin ini pasti memiliki koleksi buku kegemaran. Ada sesetengah pemimpin memiliki koleksi novel untuk dibaca ketika masa lapang dan ada juga sesetengah pimimpin memiliki koleksi buku semgat bagi membangkitkan semangat mereka

5.    Mereka duduk di satu tempat dan membuat kerja mereka. Pada masa yang sama, mereka mendengar lagu daripada pemain muzik mereka dan menyanyi lagu kegemaran mereka bagi menghilangkan tekanan ketika melakukan kerja tersebut.

6.    Ada pemimpin yang melakukan solat hajat, berdoa dan membaca al-Quran selepas solat bagi memudahkan urusan dan seterusnya mengurangkan tekanan. Pemimpin ini turut kerap ke masjid dan berzikir.

 

Friday, August 20, 2010

proposal kumpulan it's cool

Tajuk

·         Bagaimanakah Seorang Usahawan Menguruskan Emosi Tertekan?

 

Tujuan

·         Bagaimana Usahawan menguruskan emosi ketika mengalami emosi tekanan dalam perniagaan?

·         Apakah cabaran/masalah yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut?

 

Rasional

·         Mengkaji sebab-sebab usahawan mengalami tekanan. Kajian ini akan dispesifikkan lagi berdasarkan punca-punca seorang usahawan itu menerima tekanan yang lemah dan mengalami tekanan yang drastik. Punca-punca yang hendak dikemukakan hendaklah daripada hubungan sosial, ekonomi, masalah dalaman mereka. 

 

·         Mengkaji faktor sampingan yang menyebabkan seorang usahawan mengalami tekanan. Mengkaji faktor sampingan ini adalah terdiri daripada masalah daripada pengurusan perniagaan. Antaranya ialah, masalah rakan kongsi, masalah daripada pembekal, serta pekerja. Rakan kongsi yang enggan memberikan kerjasama dalam memajukan perniagaan menjadi salah satu tekanan yang bakal dihadapi oleh usahawan.

 

 

·         Meneliti kesan-kesan emosi tekanan terhadap beberapa aspek. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tindak balas terhadap rangsangan emosi tersebut. Persoalannya ialah mengkaji apakah yang akan berlaku sekiranya tekanan tersebut muncul? Adakah mereka akan berasa putus asa ataupun perkara tersebut menaikkan semangat mereka untuk berusaha yang lebih baik?

 

·         Meneliti cara-cara seorang usahawan menguruskan emosi tertekan. Langkah yang diambil sekiranya emosi tersebut menganggu kehidupan sehingga menjejaskan prestasi kerja. Selain itu langkah untuk seorang usahawan untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Kajian ini menyelongkar suatu kaedah yang luar biasa akan dilakukan sekiranya berhadapan dengan terkanan.

 

 

 

 

 

Kaedah kajian

·         Menentukan tajuk kertas cadangan

·         Menemubual informan

·         Merakam sesi menemubual

·         Mendeskripsi maklumat

·         Menganalisis data

·         Membuat pembentangan

·         Menulis laporan

 

Jangkaan Dapatan

·         Jangkaan dapatan yang ingin diketahui ialah usahawan dapat menyelesaikan emosi tekanan dengan langkah yang positif tanpa memudaratkan dirinya, keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana, setiap masalah dan emosi yang melanda dapat diselesaikan. Di samping itu juga salah satu sikap usahawan ialah sentiasa berfikiran positif. Pengurusan emosi secara positif didapati dapat membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah yang timbul

·         Berani membuat keputusan. Ia juga merupakan pengurusan emosi yang dilakukan semasa usahawan mengalami tekanan. Usahawan dapat membuat keputusan dari segi tindakan yang sewajarnya dan komunikasi yang baik sentiasa mendorong ke arah mengurangkan tekanan. Ia juga meningkatkan keyakinan diri seorang usahawan yang berjaya. Apabila sesuatu keputusan itu dilakukan dengan baik, maka pada ketika itu pengurusan emosi mereka telah berjaya dikawal.

·         Bertanggungjawab menanggung risiko. Permasalahan yang dihadapi mempunyai risiko. Oleh itu, usahawan yang ditemubual didapati mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengatasi risiko yang dihadapi. Sama ada risiko kerugian yang akan dialami ataupun risiko kemelesetan ekonomi melanda. Usahawan akan mempamerkan rasa tanggungjawab apabila sesuatu masalah itu berlaku walaupun tekanan yang melanda itu tidak ditonjolkan kepada orang lain.

·         Berdisiplin. Berdisiplin juga merupakan salah satu sikap usahawan yang ditemubual dalam menguruskan emosi tertekan. Menepati janji dan mempunyai matlamat dalam menguruskan perniagaan menjadi pendorong adalah salah satu matlamat yang hendak dicapai bagi mengawal keadaan perniagaan menjadi lebih sistematik. Hal ini kerana seorang usahawan yang tidak mempunyai disiplin dalam menguruskan emosinya pasti tidak dapat mencapai matlamat perniagaan.


Thursday, August 19, 2010

Proposal Kumpulan Ceria Selalu

CADANGAN KAJIAN.

TAJUK

Tajuk kajian yang ingin dijalankan oleh kami ialah pengurusan emosi dalam kalangan pemimpin pelajar.

TUJUAN  KAJIAN

Kajian pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar dijalankan untuk mengetahui dan mengenalpasti cabaran atau halangan yang dihadapi oleh pemimpin pelajar sepanjang kepimpinan mereka. Selain itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui tanda-tanda apabila mereka berada dalam emosi tertekan dan mengetahui sejauh mana pemimpin pelajar menangani emosi tertekan yang dihadapi semasa memimpin pelajar.

RASIONAL

Pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar dipilih kerana pemimpin pelajar merupakan orang yang penting bagi pelajar yang memerlukan sokongan dan bantuan. Selain itu sejauh mana yang kita ketahiu pemimpin pelajar merupakan salah sorang orang yang menghadapi pelbagai masalah dan cabaran sepanjang kepimpinan mereka. Hal ini kerana, mereka memikul tugas dan tanggungjawab yang amat berat dan penting untuk melaksanakan keinginan pelajar.

KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian yang akan dijalankan oleh kami adalah secara temu bual. Setiap ahli kumpulan akan menemubual seorang informan masing-masing. Terlebih dahulu kami akan mendapatkan surat pengesahan atau keizinan untuk menemu bual informan kami daripada pensyarah pengurusan emosi kami. Setelah itu, kami akan menghubungi informan untuk memilih tarikh yang sesuai untuk ditemu bual. Di samping itu, kami juga menggunakan bahan internet untuk membantu kami mencari maklumat tentang pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin.

JANGKAAN DAPATAN

Jangkaan dapatan yang kami dapati melalui kajian-kajian yang lepas emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar berlaku disebabkan tugas-tugas yang dipikul amat berat mereka merasakan cara hidup mereka berubah setelah menjadi pemimpin pelajar. Mereka juga menjadi lebih sibuk dan sekaligus menyebabkan mereka berasa lebih tertekan.