Saturday, August 21, 2010

Proposal Kumpulan Violet

Selamat sejahtera~ Nama kumpulan kami adalah Violet. Kumpulan kami terdiri daripada empat orang iaitu Aimi Amirah Binti MD.Desa, Nur Afifi Jamaluddin, Nur Sufiah Mohd.Fazdil, dan Tan Kah Yee. Konsep-konsep yang berikut adalah hasil cadangan proposal Tugasan 2 Pengurusan Emosi kumpulan kami selepas perbincangan diadakan.

 

Tajuk

Kajian yang kumpulan kami ingin jalankan ialah pengurusan emosi dalam kalangan pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Tujuan Kajian

1.       Bagaimana pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia menguruskan emosi marah mereka?

2.       Apa cabaran atau rintangan yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi marah mereka?

 

Rasional

Kumpulan kami menentukan emosi marah sebagai emosi yang kami ingin mengkaji kerana kami semua bersetuju sepakat bahawa emosi marah merupakan satu emosi yang sukar dikawal. Seseorang itu yang berada dalam keadaan marah perlu mengambil masa yang panjang bagi menjadikan diri sendiri tenang. Biasanya kami akan tidak dapat berfikir dan mengambil keputusan yang betul dalam keadaan marah. Pendek kata, kami ingin tahu bagaimana dapat menguruskan emosi marah dengan berkesan. Lagipun, kami memilih pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai informan kajian kumpulan kami. Hal ini disebabkan pemandu-pemandu bas UKM merupakan sekumpulan orang yang kami akan berurusan setiap hari. Selain itu, pemandu-pemandu bas UKM perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar setiap hari. Kemungkinan besar kerenah seseorang pelajar akan menyebabkan mereka marah. Oleh itu, mereka perlu berupaya menguruskan emosi marah mereka bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kerana seseorang itu yang berada dalam keadaan marah tidak dapat berfikir dan menjalankan tugas dengan tenang. Selain itu, pemandu-pemandu bas UKM merupakan informan yang mudah dijumpai dalam UKM.

 

Kaedah Kajian

Kaedah yang kami gunakan untuk menjalankan kajian kami ini ialah temubual. Pertama, kami akan mendapatkan surat pengesahan daripada pensyarah Pengurusan Emosi untuk menemu bual informan kami (Setiap ahli kumpulan akan menemubual seorang informan masing-masing). Kemudian, kami akan menentukan soalan-soalan yang akan ditanya semasa temubual. Soalan-soalan tersebut merupakan panduan kami bagi menjalankan temubual. Kami juga akan menyediakan borang persetujuan dan borang maklumat informan. Tambahan pula, kami akan menyediakan alat perakam suara supaya temubual yang dijalankan dapat dirakam sebagai rujukan kami semasa menyediakan kertas kerja. Selepas itu, kami akan menjalankan temubual dengan informan masing-masing. Data-data yang dikutip akan dianalisis oleh setiap ahli masing-masing. Setelah itu, kami akan mengadakan mesyuarat untuk menganalisis data scara keseluruhan lalu kami akan menjalankan pembentangan. Akhirnya, kami akan menyediakan satu tulisan kerja berdasarkan analisis dan pembentangan kami. Kertas kerja akan disediakan dalam format hardcopy dan softcopy.

 

Jangkaan Dapatan

Selepas pembincangan kami, kami menjangka pemandu-pemandu bas Universiti Kebangsaan Malaysia dapat mengawal emosi marah dengan berkesan. Selain itu, kami dapat mengetahui bagaimana mereka menguruskan emosi marah mereka, contohnya melalui cara sukan, muzik, hobi, membaca buku dan sebagainya. Lagipun, mereka juga berpadukan kepada ajaran agama dalam menguruskan emosi marah mereka. Ataupun mereka dapat merasakan sokongan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan dalam menguruskan emosi marah.

 

Di samping itu, kami menjangka terdapat juga pemandu-pemandu bas UKM yang menghadapi cabaran dalam menguruskan emosi marah mereka. Misalnya, kadang-kala mereka tidak dapat menguruskan emosi marah mereka dan tidak dapat mengawal diri sendiri ketika dilanda masalah emosi. Selain itu, mereka juga akan ragu-ragu untuk meluahkan isi hati mereka kepada orang lain.

 

Kami pun menjangka bahawa kami akan dapat belajar perkara-perkara yang baru tentang pengurusan emosi selepas kajian ini.

No comments: