CADANGAN KAJIAN Tajuk Emosi Menjana Kesempurnaan Kehidupan Seharian iaitu pengurusan emosi seseorang pemimpin yang mampu menjadikan hidup mereka bahagia dan tenang. Tujuan · Untuk mengenalpasti keberkesanan teknik pengurusan emosi seseorang pemimpin apabila mereka berhadapan dengan masalah dalam mengendalikan kerja dan tugasnya. · Untuk mengkaji bagaimana seseorang pemimpin itu mengatasi emosi negatif yang melanda dirinya tanpa menjejaskan dirinya. Rasional Emosi merupakan tunggak utama dalam kejayaan seseorang dan ia dapat menggambarkan sejauh mana ketepatan dan kesempurnaan dalam hasil kerja yang dilakukan. Walaupun pemimpin terpaksa menghadapi pelbagai emosi dan cabaran, mereka menjalankan kehidupan seharian seperti mahasiswa yang lain tanpa menjejaskan komitmen dan tanggungjawab mereka di universiti ini. Mereka telah memikul tanggungjawab yang agak besar didalam sesebuah organisasi. Jadi, sudah semestinya tekanan dan emosi berlaku kerana mereka juga mahasiswa dan mahasiswi yang memberi perhatian kepada akademik. Mereka pasti mahir dalam menguruskan emosi kerana akibat tekanan dalam membahagikan masa, membimbing, mesyuarat dan lain-lain. Walaubagaimanapun, mereka masih memberikan senyuman walaupun sebenarnya kita semua tahu bahawa merka pasti tertekan dengan tugas yang diberikan. Kaedah Kajian · Temubual - menemuramah pemimpin ini dengan bertanyakan soalan yang berkait rapat dengan objektif kajian iaitu bagaimana pemimpin ini menguruskan emosi mereka dengan masalah dan cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut. · Bahan rujukan – mencari rujukan melalui blog "ZZZT 2253 Pengurusan Emosi" di internet. Terdapat pelbagai bahan rujukan yang boleh dirujuk melalui blog ini seperti La Tahzan, 7 Smith's Emotion, Emosi di Tempat Kerja dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan emosi. -Mencari rujukan dalam kajian- kajian yang telah dibuat. Kajian yang dimaksudkan adalah kajian yang telah dipelajari di kuliah seperti kajian dimana kita boleh dikaitkan dalam emosi ini. Jangkaan Dapatan 1. Berdasarkan pemerhatian kami, kami menjangkakan mereka menguruskan emosi dengan cara bersukan. Mereka bermain futsal, sepak takraw, berjoging, dan berjalan pada waktu petang dimana tiada kelas pada waktu petang. Kebanyakkannya, mereka bermain bersama teman rapat. 2. Selain itu, terdapat juga pemimpin yang melepaskan kemarahan mereka kepada individu lain kerana berlaku pemindahan emosi dari sebelumnya. Ada terdapat individu yang hidupnya nampak bahagia dan memberikan senyuman kepada orang di sekelilingnya. 3. Mereka juga meluangkan masa bersama rakan-rakan untuk melepaskan emosi tertekan dan juga mendapatkan nasihat mahupun kata-kata semangat. Mereka bertukar-tukar cerita dan masalah yang dihadapi kepada rakan-rakan mereka. Ada kalanya diseliti sengan cerita yang lucu dan ketawa bersama dan seterusnya masalh mereka dapat dilupai sementara waktu. 4. Pembacaan buku-buku ilmiah seperti La Tahzan, serta buku agama turut menjadi salah satu cara untuk mereka sebagai pemimpin mengawal emosi mereka dalam menguruskan sesuatu tugas. Pemimpin-pemimpin ini pasti memiliki koleksi buku kegemaran. Ada sesetengah pemimpin memiliki koleksi novel untuk dibaca ketika masa lapang dan ada juga sesetengah pimimpin memiliki koleksi buku semgat bagi membangkitkan semangat mereka 5. Mereka duduk di satu tempat dan membuat kerja mereka. Pada masa yang sama, mereka mendengar lagu daripada pemain muzik mereka dan menyanyi lagu kegemaran mereka bagi menghilangkan tekanan ketika melakukan kerja tersebut. 6. Ada pemimpin yang melakukan solat hajat, berdoa dan membaca al-Quran selepas solat bagi memudahkan urusan dan seterusnya mengurangkan tekanan. Pemimpin ini turut kerap ke masjid dan berzikir. |
Saturday, August 21, 2010
Proposal Kumpulan Bittersweet
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment