Tajuk
· Bagaimanakah Seorang Usahawan Menguruskan Emosi Tertekan?
Tujuan
· Bagaimana Usahawan menguruskan emosi ketika mengalami emosi tekanan dalam perniagaan?
· Apakah cabaran/masalah yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut?
Rasional
· Mengkaji sebab-sebab usahawan mengalami tekanan. Kajian ini akan dispesifikkan lagi berdasarkan punca-punca seorang usahawan itu menerima tekanan yang lemah dan mengalami tekanan yang drastik. Punca-punca yang hendak dikemukakan hendaklah daripada hubungan sosial, ekonomi, masalah dalaman mereka.
· Mengkaji faktor sampingan yang menyebabkan seorang usahawan mengalami tekanan. Mengkaji faktor sampingan ini adalah terdiri daripada masalah daripada pengurusan perniagaan. Antaranya ialah, masalah rakan kongsi, masalah daripada pembekal, serta pekerja. Rakan kongsi yang enggan memberikan kerjasama dalam memajukan perniagaan menjadi salah satu tekanan yang bakal dihadapi oleh usahawan.
· Meneliti kesan-kesan emosi tekanan terhadap beberapa aspek. Hal ini bertujuan untuk mengetahui tindak balas terhadap rangsangan emosi tersebut. Persoalannya ialah mengkaji apakah yang akan berlaku sekiranya tekanan tersebut muncul? Adakah mereka akan berasa putus asa ataupun perkara tersebut menaikkan semangat mereka untuk berusaha yang lebih baik?
· Meneliti cara-cara seorang usahawan menguruskan emosi tertekan. Langkah yang diambil sekiranya emosi tersebut menganggu kehidupan sehingga menjejaskan prestasi kerja. Selain itu langkah untuk seorang usahawan untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Kajian ini menyelongkar suatu kaedah yang luar biasa akan dilakukan sekiranya berhadapan dengan terkanan.
Kaedah kajian
· Menentukan tajuk kertas cadangan
· Menemubual informan
· Merakam sesi menemubual
· Mendeskripsi maklumat
· Menganalisis data
· Membuat pembentangan
· Menulis laporan
Jangkaan Dapatan
· Jangkaan dapatan yang ingin diketahui ialah usahawan dapat menyelesaikan emosi tekanan dengan langkah yang positif tanpa memudaratkan dirinya, keluarga dan masyarakat. Hal ini kerana, setiap masalah dan emosi yang melanda dapat diselesaikan. Di samping itu juga salah satu sikap usahawan ialah sentiasa berfikiran positif. Pengurusan emosi secara positif didapati dapat membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah yang timbul
· Berani membuat keputusan. Ia juga merupakan pengurusan emosi yang dilakukan semasa usahawan mengalami tekanan. Usahawan dapat membuat keputusan dari segi tindakan yang sewajarnya dan komunikasi yang baik sentiasa mendorong ke arah mengurangkan tekanan. Ia juga meningkatkan keyakinan diri seorang usahawan yang berjaya. Apabila sesuatu keputusan itu dilakukan dengan baik, maka pada ketika itu pengurusan emosi mereka telah berjaya dikawal.
· Bertanggungjawab menanggung risiko. Permasalahan yang dihadapi mempunyai risiko. Oleh itu, usahawan yang ditemubual didapati mempunyai rasa tanggungjawab untuk mengatasi risiko yang dihadapi. Sama ada risiko kerugian yang akan dialami ataupun risiko kemelesetan ekonomi melanda. Usahawan akan mempamerkan rasa tanggungjawab apabila sesuatu masalah itu berlaku walaupun tekanan yang melanda itu tidak ditonjolkan kepada orang lain.
· Berdisiplin. Berdisiplin juga merupakan salah satu sikap usahawan yang ditemubual dalam menguruskan emosi tertekan. Menepati janji dan mempunyai matlamat dalam menguruskan perniagaan menjadi pendorong adalah salah satu matlamat yang hendak dicapai bagi mengawal keadaan perniagaan menjadi lebih sistematik. Hal ini kerana seorang usahawan yang tidak mempunyai disiplin dalam menguruskan emosinya pasti tidak dapat mencapai matlamat perniagaan.
No comments:
Post a Comment