CADANGAN KAJIAN.
TAJUK
Tajuk kajian yang ingin dijalankan oleh kami ialah pengurusan emosi dalam kalangan pemimpin pelajar.
TUJUAN KAJIAN
Kajian pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar dijalankan untuk mengetahui dan mengenalpasti cabaran atau halangan yang dihadapi oleh pemimpin pelajar sepanjang kepimpinan mereka. Selain itu kajian ini dijalankan untuk mengetahui tanda-tanda apabila mereka berada dalam emosi tertekan dan mengetahui sejauh mana pemimpin pelajar menangani emosi tertekan yang dihadapi semasa memimpin pelajar.
RASIONAL
Pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar dipilih kerana pemimpin pelajar merupakan orang yang penting bagi pelajar yang memerlukan sokongan dan bantuan. Selain itu sejauh mana yang kita ketahiu pemimpin pelajar merupakan salah sorang orang yang menghadapi pelbagai masalah dan cabaran sepanjang kepimpinan mereka. Hal ini kerana, mereka memikul tugas dan tanggungjawab yang amat berat dan penting untuk melaksanakan keinginan pelajar.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah kajian yang akan dijalankan oleh kami adalah secara temu bual. Setiap ahli kumpulan akan menemubual seorang informan masing-masing. Terlebih dahulu kami akan mendapatkan surat pengesahan atau keizinan untuk menemu bual informan kami daripada pensyarah pengurusan emosi kami. Setelah itu, kami akan menghubungi informan untuk memilih tarikh yang sesuai untuk ditemu bual. Di samping itu, kami juga menggunakan bahan internet untuk membantu kami mencari maklumat tentang pengurusan emosi tertekan dalam kalangan pemimpin.
JANGKAAN DAPATAN
Jangkaan dapatan yang kami dapati melalui kajian-kajian yang lepas emosi tertekan dalam kalangan pemimpin pelajar berlaku disebabkan tugas-tugas yang dipikul amat berat mereka merasakan cara hidup mereka berubah setelah menjadi pemimpin pelajar. Mereka juga menjadi lebih sibuk dan sekaligus menyebabkan mereka berasa lebih tertekan.
No comments:
Post a Comment