Sunday, November 15, 2009

Surat Dari Ibu

Monday, October 12, 2009

Markah Tugasan 1 (Kemaskini 11 Oktober 2009)

Disenaraikan di bawah ialah markah tugasan 1. Ruang markah yang kosong menunjukkan tugasan belum lagi di beri markah.

Monday, October 5, 2009

Cara Menulis Sorotan Literatur

Untuk menulis sorotan literatur, sila klik

Gaya UKM

Untuk menulis rujukan dalam teks dan senarai rujukan mengikut Gaya UKM, sila klik.

Monday, September 28, 2009

Contoh Laporan Penyelidikan

Untuk melihat contoh laporan penyelidikan, sila klik di sini
Snapshotnya ialah seperti di bawah:

Thursday, September 17, 2009

Laki-laki Tidak Boleh Nangis?

Lirik Lagu Superman

Perhatikan lirik lagu ini, adakah lelaki tidak boleh menangis? (lihat 0:26) dan adakah air mata tanda kelemahan? (lihat 1:13).



Aku Bukanlah Superman
aku Juga Bisa Nangis
Jika Kekasih Hatiku
Pergi Meninggalkan Aku

Ayahku Selalu Berkata Padaku
Laki-laki Tak Boleh Nangis
Harus Slalu Kuat
Harus Slalu Tangguh
Harus Bisa Jadi Tahan Banting

Tapi Ternyata Sakitnya Cinta
Buat aku Menangis

Repeat Reff The Lucky Laki

Ayahku Selalu Memarahi Aku
Jika Jatuh Air Mataku
Kata Ayah Slalu Air Mata Itu
Adalah Tanda Kelemahan

Tapi Ternyata Air Mataku
Ternyata Jatuh Juga

Repeat Reff The Lucky Laki

Ayahku Tersayang Maafkanlah Aku
Jika aku Masih Menangis
Masih Belum Bisa Menjadi Seperti
Apa Yang Ayah Selalu Mau

Kita Berjanji Untuk Tidak Lagi
Menangis Karena Cinta

Repeat Reff The Lucky Laki 3x

Thursday, September 10, 2009

Belum Hantar Tugasan 1

Pelajar-pelajar berikut dikehendaki menghantar/menghantar semula Tugasan 1 dengan segera (dalam masa SATU MINGGU), jika tidak tiada markah diberikan.

A128587 HALIMATUN SAADIAH BINTI MUHAMMAD AZZUAR
A119704 NABILAH BINTI MOHD HILMI
A124988 ROHAIZANIZA BINTI DARNOH

Pelajar-pelajar berikut dikehendaki menghantar/menghantar semula Tugasan 1 dengan segera (dalam masa DUA MINGGU), jika tidak tiada markah diberikan.

A120097 HUDA BINTI ABDUL RAHIM
A120055 ISMAIL BIN ABD MUNIR
A116336 SITI JAMILAH BINTI HUSIN

Hantar melalui e-mail tugasan2253@gmail.com

Wednesday, September 9, 2009

Maafkan Cikgu


Subject: Baca la kisah benar ini...... ada hamba Allah lain yang lebih susah dari kita


MAAFKAN CIKGU


Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.


Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Komen: Kisah di atas dikatakan mempunyai persamaan dengan sebuah filem Iran berjudul "Children of Heaven".



Friday, September 4, 2009

Tugasan 1c - Projek Terjemahan

Terdapat 2 komponen:
• Terjemahan
• Ulasan
• Terjemah Buku Alan Pease "Body language". Sila dapatkan buku ini daripada SPIN.

Pembahagian Tugas:

1. Yee Chau Lian- "As we approach the end of the twentieth century, we are witnessing the emergence ... Australia, New Zealand, Great Britain, North America and other places where English is the primary language"

2. Ng Gen Soon - "One of the most serious mistakes a novice in body language can make is to interpret ... entire program without any sound and understand what is happening, just as deaf people do."

3. Nur Sadrina - "Thousands of books and articles have been written about the staking out and ... Research shows that people choose the end toilets about 90 per cent of the time and, if they are occupied, the midway principle is used."

4. Azwana - "A young couple who recently migrated from Denmark to live in Sydney were invited to join the local branch of the Jaycees ... can help you avoid an embarrassing situation by making incorrect assumptions."

5. Ismail Abd Munir - Chapter 3, Palm Gestures, OPENNESS AND HONESTY. Mula dari "Throughout history, the open palm has been associated ...." (p. 28) hingga "... to neutralise a dominant handshake and take the control." (p. 33)

6. Siti Jamilah Husin - Mula dari Chapter 3, "Although it is a generally accepted..." (p. 33) hingga Chapter 4, "...He does it because his hands are cold!" (p.38).

7. Huda Abdul Rahim - Mula dari Chapter 4, "Rubbing the thumb against..." (p. 39) hingga Chapter 5, "their husbands or at people they do not like" (p.46).

• Untuk ulasan, apa yg diterjemah dibuat ulasan
berdasarkan contoh-contoh sendiri.
Panjang ulasan 5 halaman
• Langkau 2 baris, Times NR, font 12
• Hantar melalui e-mail (hantar sebagai fail iringan kepada tugasan2253@gmail.com dengan tajuk “Tugasan1c ”) “Tugasan1 A123456 Ahmad”
• Hantar sebelum Minggu ke 10.

Emosi Di Tempat Kerja

Friday, August 21, 2009

Aku Insan Kurang Upaya

Ikuti keluhan seorang OKU:

Aku insan kurang upaya (OKU) . Tiada yang istimewa ada pada diriku. Hanya sekujur tubuh kaku yang layu. Sekeping hati yang lesu dan pilu. Secebis kenangan lalu dan sebuah kerusi roda milikku.

Dengan hanya satu jari aku menekan kibod mencari satu huruf. Dari satu huruf kujadikan satu perkataan. Dari satu perkataan kujadikan sebaris ayat sehingga menjadi sebuah cerita.

Sebuah catatan hidup, suka dan derita dari insan yang dilahirkan normal tetapi di takdirkan cacat di penghujung hidupnya. Tiada yang istimewa di sini, hanya Nostalgia dan kenangan silam dari pemilik blog untuk di kongsi bersama sebelum mata terpejam dan nafas terhenti.

Berikut ialah Ramadan pertama beliau sebagai OKU:

Jumaat 8 Nov’ 2002 bersamaan 1 Ramadhan 1423 Hijriah. Hari pertama berpuasa. Setelah lima bulan dirawat di Hospital Tawakal, aku dipindahkan ke Pusat Perubatan Gleneagles di Jalan Ampang untuk meneruskan rawatan pemulihan fiseoterapi.

Aku dan isteri serta anakku dihantar ke hospital Gleneagles dengan menggunakan ambulan. Sampai di sana aku diperiksa oleh Dr. Tengku dan dihantar ke bilik No. 650. Sepanjang lima bulan dirawat di Tawakal dahulu, isteriku turut sama menemaniku siang dan malam di hospital. Bilik hospital sudah seperti bilik tidurnya juga.

Suasana di sini serba baru dengan jururawat-jururawat yang baru. Amat sukar bagi aku untuk menyesuaikan diri di sini. Jika di Tawakal majoriti jururawatnya di kalangan bangsa melayu tetapi di sini berbagai bangsa. Dari negara Filipina dan India pun ada.

Keesokan harinya bermulalah rawatan fesioterapiku. Jam 10 pagi aku akan dibawa ke bilik rawatan dan tamat jam 1.00 tengahari. Di sebelah petang, jam 2.00 aku akan dibawa kembali ke bilik rawatan dan tamat 4.00 petang. Begitulah seterusnya rutin harian rawatanku. Jemu dan bosan!

Rawatannya sungguh berat bagiku yang berkeadaan begini. Nasib baik isteriku menemaniku di setiap sesi rawatan untuk memberikan semangat kepadaku.

Aku di suruh menyusun permainan lego, di suruh mengambil dan membaling bola. Berbagai-bagai lagilah. Aku kembali bermain seperti kanak-kanak. Latihan bertujuan untuk mendapatkan kembali kekuatan jari dan tangganku. Adakalanya hatiku memberontak! Marah! Dan bertanya kepada fesioterapis kenapa perlu aku lakukan semua ini?

Untuk memulihkan pemikiranku, aku juga di rujukan kepada Pakar Pskitri kerana ada masanya aku murung, merepek-repek bercakap dan marah-marah sendirian. Paling aku tidak gemar sesi rawatannya. Aku ni dahlah jenis yang berat mulut, doktornya pula mengajakku berbual dan bercerita. Aku faham doktor cuba mengurangkan tekanan perasaanku. Tapi aku benci....

Di waktu petang isteriku akan keluar membeli juadah untuknya berbuka puasa di gerai berdekatan dengan hospital. Aku tiada selera untuk makan masakan di hospital walaupun masakannya berbagai jenis menu.

Kesian melihat isteriku pergi berseorangan. Tidak seperti tahun-tahun lalu, kami sama-sama pergi ke pasar ramadhan membeli juadah untuk berbuka. Berpimpin-pimpin tangan melintasi jalan. Kuih tepung pelita dan kuih buah melaka menjadi kuih kegemaranku. Gulai pajri nenas dan ikan bakar menjadi pilihanku.

Jika di rumah pula, isteriku sibuk menghidang makanan dan aku pula tolong membancuh minuman. Tapi kini segalanya berubah. Aku cuma dapat memandang saja. Tiada lagi tepung pelita tiada lagi pajri nenas kegemaranku. Dan berbuka pula tanpa anak-anak di sekeliling.

Di waktu malam pula kami tinggal berdua saja. Aku pandang dia, dia pandang aku. Sunyi rasanya tanpa anak-anak. Kalau dahulu waktu-waktu begini kami akan ke surau bertarawih bersama dan kemudian bermoreh.

Di waktu begini aku teringat seronoknya suasana riuh rendah di surau dengan suara kanak-kanak berlari ke sana dan ke sini. Terkenang merdunya suara imam yang membaca surah-surah Al-quran. Teringatkan wajah-wajah rakanku di surau. Kini semuanya tidak lagi kedengaran dan kelihatan.

Ada ketika aku tak dapat menahan perasaanku. Aku menangis teringatkan anak-anakku. Terbayangkan wajah-wajah mereka. Kesian mereka berbuka puasa tanpa ibu dan bapa. Inilah suasana sedih yang kami rasai dan lalui hampir setiap malam.

Setelah masuk seminggu berpuasa, sekolah pun mula bercuti. Anakku Syafeeni datang menemani kami di hosptial. Terasa terhibur juga, sekurang-kurangnya kami bertiga sekarang. Adalah banyak perkara yang dapat dibualkan.

Oleh kerana anakku ada menemani, isteriku meminta izin untuk kembali bekerja. Telah hampir lima bulan dia bercuti tanpa gaji. Aku memberi keizinan kepadanya untuk kembali berkerja.

Pagi jam 7.00 , isteriku bersiap-siap dari hospital ke pejabatnya di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Kesian aku melihatnya, kalau dahulu setiap pagi aku yang menghantarnya ke pejabat kali ini terpaksa dia berebut-rebut menaiki bas. Betapa besarnya pengorbanan yang telah dilakukan oleh isteriku. Tak terbalas olehku di dunia ini.

Tugas rutin isteriku seperti mengosok gigiku dan memberiku minum dan makan kini diambil alih oleh anakku. Aku lebih selesa tugas ini dilakukan oleh anakku daripada jururawat. Seperti biasa anakku akan menemaniku menjalani rawatan fesioterapi pagi dan petang.

Aku rasa kurang bersemangat untuk menjalani rawatan tanpa isteriku. Tapi apa nak buat, kehidupan perlu diteruskan. Yang sakit tetap sakit dan yang sihat perlu teruskan kehidupan untuk mencari rezeki.

Hampir dua minggu isteriku berkerja. Setiap kali pulang berkerja dia pasti membawa pulang juadah untuk kami berbuka puasa. Kerap kali juga isteriku sampai lewat ke hospital untuk berbuka kerana ketiadaan bas. Kesian aku melihat anakku, selagi isteriku tidak sampai, dia akan berdiri dan memerhatikan dari sudut tingkap. Dia akan tersenyum apabila nampak wajah ibunya.

Oleh kerana aku tak bersemangat untuk menjalankan rawatan, akhirnya aku meminta isteriku supaya tidak lagi bekerja dan memohon cuti tanpa gaji selama mana aku dirawat. Isteriku menurut kemahuanku asalkan aku gembira. Aku tidak bersemangat langsung untuk menjalani rawatan tanpanya di sisiku. Bagiku dia sumber kekuatanku.

Read more at Blog Kassim Selamat

Juga ikuti video klip beliau

Thursday, August 20, 2009

Hantar Tugasan 1






















Gambar yang dipaparkan menunjukkan nama-nama pelajar yang telah menghantar Tugasan 1. Sila semak nama anda. Sila klik pada paparan tersebut untuk mendapat imej yang lebih jelas.

Men Are From Mars, Women Are From Venus

Saddest Commercials



Aku Ingin Pulang

Wednesday, August 19, 2009

Monday, August 17, 2009

Ayah dan Ibu





Keluarga Bahagia, Keluarga Penyayang




Kisah Burung Murai, Titip Rindu Buat Ayah

Ikuti kisah burung murai, prihatinlah kepada para warga tua di sekeliling kita, jangan sakiti hati mereka.



Kenangilah jasa seorang ayah melalui lagu puitis Ebiet G Ade:



Bacakanlah untuk Allahyarham ayah yang telah pergi:

Friday, August 14, 2009

Pergi Tak Kembali

Para pelajar semua,

Dengarkanlah alunan merdu Ustaz Asri dengan mengklik video di bawah. Di akhir artikel ini ada versi Arab lagu yang sama




Tanggal 13 Ogos 2009 perginya seorang insan bernama Asri Ibrahim, seorang pejuang irama nasyid di Malaysia. Sesungguhnya pada seorang lelaki, airmata adalah mutiara, mahal harganya dan hanya dikeluarkan di saat-saat yang getir (teringat pada kata pujangga Arab "Silahul mar ati dhumu uha"). Tapi bila dengar berita ini, entah macam mana, berlinang pula si airmata. Hanya beberapa peristiwa yang menyebabkan aku menitis airmata, ini antaranya. Yang lain bila perginya teman baik ku, Zulkifli dan juga ibuku Zainab.

Temanku Zulkifli ialah seorang yang aku kagumi, Allahyarham adalah "penggembala matahari", mengerjakan solat bila saja masuk waktu, agak pendiam tetapi pekertinya amat terpuji, tapi tuhan telah memanggilnya dalam usia yang muda, menjadi korban kemalangan jalan raya di Kuala Terengganu. Allahyarham ibuku pula adalah wanita yang aku kagumi, amat penyayang walau pun kami hidup susah. Paling ku kagumi ketekunan ibuku mengajarku tulis dan baca. Darjah satu aku dapat nombor di antara 20 hingga 30 lebih, tapi bila masuk Darjah Dua, aku mendapat tempat pertama dalam semua pepriksaan penggal. Gambar di bawah ialah kampungku yang tersurat segala rahsia kejayaanku.




Pergi Tak Kembali versi Arab

Tuesday, August 11, 2009

La Tahzan (Jangan Bersedih)



Salam,

"Sedihnya dalam hati. Hari-hari berendam si airmata. Nak buat macamana ni.Tak apalah, oh tuhan, cabutlah nyawaku, teramat malang nasib ku ini".

Di atas mungkin keluhan kita di kala kita di landa nestapa. Tenangkan mindaanda, kerana ayahlong nak rekomen buku yang boleh mengubat kedukaan anda.Maaf kerana ayahlong tulis yg bawah ni dalam BI, sebab kadang2 dia keluaridea dlm BI.

Booklovers, Ayahlong 'd like to recommend La Tahzan, dont be sad, an inspiring book on how to control your emotion. It is the most read book in middle east, and 's been translated into Indonesian (the ori is in Arabic).It has special versions for women and kids. For those whose hearts areseeking better approach in managing nafs, emotion, this book is a must read.For those who want the electronic version, i got it from Scribd, pleasee-mail me personally. For the moment, ayahlong is still searching for theEnglish version, so if you found any, please do let me know. Followings are topics that might interest you. Immense yourself in reading, do not letemotion to get the best of you. Dr Khairul, is good for our Managing Emo students!

Yang Lalu Biar Berlalu - 4
Hari Ini Milik Anda - 6
Biarkan Masa Depan Datang Sendiri - 8
Cara Mudah Menghadapi Kritikan Pedas - 10
Jangan Mengharap "Terima Kasih" dari Seseorang - 11
Berbuat Baik Terhadap Orang Lain, Melapangkan Dada - 13
Isi Waktu Luang dengan Berbuat! - 14
Jangan Latah! - 15Qadha' dan Qadar - 17
Bersama Kesulitan Ada Kemudahan - 18
Jadikan Buah Lemon Itu Minuman yang Manis! - 20
Siapakah yang Memperkenankan Doa Orang yang Kesulitan Apabila laBerdoa? - 21
Semoga Rumahmu Membuat Bahagia - 23
Jangan Bersedih, Jika Masih Punya Sesuatu yang Cukup - 160
Keridhaan Hati Menghilangkan Kesedihan - 161
Jika Anda Kehilangan Salah Satu Anggota Tubuh, Sesungguhnya MasihAda Anggota Tubuh yang Lain - 163
Hari-hari Akan Terus Berputar - 164
Anda Harus Keluar di Bumi Allah yang Luas Ini - 165
Rehat - 166
Jangan Bersedih Pada Detik-detik Terakhir Kehidupan Anda - 167
Jangan Bersedih Jika Kematian Menjemput - 168
Jangan Bersedih Lantaran Bencana, Sebab Ada Rahasia di Balik SemuaItu - 169
Jangan Bersedih, Karena Sesungguhnya Dunia Terlalu Hina untukMembuat Anda Bersedih - 171
Jangan Bersedih Lantaran Anda Beriman Kepada Allah -Lots more

Monday, August 10, 2009

Tangisan yang dibenarkan dalam Islam

Isnin Ogos 10, 2009
Tangisan yang dibenarkan dalam Islam

MANUSIA mempunyai perasaan suka, duka, tawa dan hiba dan sebagainya. Perasaan sedih adakalanya timbul akibat dari gangguan emosi. Justeru itu apabila keadaan ini berlaku, manusia dengan mudah menitiskan air mata.

Ada yang beranggapan apabila seseorang itu menangis, ia merupakan suatu tindakan yang lemah dan tidak menurut ajaran Islam. Anggapan ini sebenarnya tidak tepat kerana Islam sendiri telah menggariskan tangisan yang dilarang dan dibenarkan.

Tangisan boleh dibahagikan kepada dua iaitu tangisan yang berbentuk negatif dan tangisan yang berbentuk positif. Tangisan yang dilarang dalam Islam ialah tangisan yang berbentuk negatif seperti meraung dan melolong dengan sekuat hati apabila menerima atau meratapi kematian. Tangisan seumpama ini bukan sahaja di pandang negatif kepada orang yang melakukannya tetapi juga mayat yang di ratapinya itu juga turut tersiksa.

Berbeza dengan tangisan positif iaitu tangisan yang dikatakan mulia, ia terjadi kerana cinta dan takut kepada Allah S.W.T.

Seorang ulama’ pernah berkata "untuk menangis kerana takut kepada Allah sehingga air mataku menitis, adalah lebih aku suka daripada aku bersedekah emas seberat badanku. Kerana tidak seorang pun yang menangis kerana takut kepada Allah kerana sehingga setitis air matanya mengalir jatuh ke atas bumi, kecuali api neraka takkan menyentuhnya."

Antara tangisan atau titisan air mata yang dikatakan positif, mulia dan harus dalam Islam adalah seperti berikut.

Tangisan Kesyukuran

Orang-orang yang beriman dan bertaqwa akan sentiasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka sama sekali tidak pernah mengeluh malah sentiasa redha dengan apa yang mereka terima. Oleh sebab itu kita dapati orang-orang sebegini adakalanya sampai menitiskan air mata apabila menerima rahmat dan nikmat-nikmat tersebut.

Sebagai contoh yang diriwayatkan oleh Anas bahawa Rasulullah SAW berkata kepada Ubay bin Ka’ab yang mafhumnya " Allah menyuruh membacakan kepadamu surah Al-Baiyinah ayat 1:
Maksudnya: Orang-orang kafir yakni ahli kitab dan orang-orang musyrik (mengatakan bahawa mereka) tidak akan meninggalkan (agamanya) sebelum datang kepada mereka bukti yang nyata"

Ubay bertanya ; " Apakah Allah menyebut namaku?" Jawab nabi "ya" lalu menangislah Ubay(kerana mendengar berita gembira itu) Ayat ini memperkatakan pendirian kaum Yahudi dan Nasrani terhadap seruan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul yang telah menerangkaan kepada mereka agama yang telah dibawa olehnya iaitu Agama Islam. Mereka kenal Nabi yang bakal diutus sebagai Nabi akhir zaman, tetapi setelah Nabi Muhammad dibangkitkan mereka tidak percaya malah tidak mahu beriman.

Tangisan Penyelesaian

Tangisan penyesalan biasanya terjadi apabila seseorang yang telah melakukan dosa, menyedari dan menyesali perbuatannya dengan bersungguh-sungguh. Maka penyesalan itu timbul rasa sedih yang mendalam, yang akhirnya menitiskan air mata. Tangisan yang sedemikian timbul akibat wujudnya rasa kesedaran dan rasa takut kepada Allah SWT
"Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis. Sebagai pembalasan dari apa yang telah mereka kerjakan"

Tangisan Akibat Rasa Keimanan Yang Menebal

Iman yang bersemi dalam hati akan terus subur dan mekar, apatah lagi keimanan yang kukuh dan padu itu apabila disirami pula dengan ayat-ayat suci Al-Quran, ia akan bertambah mantap sehingga boleh menyebabkan seseorang itu menitiskan air mata. Tangisan sebegini merupakan tangisan yang tinggi nilainya kerana merupakan campuran antara rasa keimanan yang amat mendalam. Hal ini telah dijelaskan oleh Allah SWT didalam firmannya Surah Maryam ayat 58:
maksudnya "Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Tuhan Yang Pemurah, mereka tunduk bersujud dan menangis"

Tangisan Kerana Kesyukuran

Tangisan itu boleh terjadi apabila seseorang itu khusuk dalam beribadat. Air mata yang menitis itu bukan kerana perasaan sedih, tetapi kerana menyedari betapa diri yang begitu kerdil ketika berhadapan dengan penciptaNya.

Dikatakan orang yang mencapai tahap kekhusukan itu termasuklah salah satu dari tujuh golongan yang memperolehi keistimewaan pada hari qiamat seperti sabda Rasulullah SAW diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim:

Maksudnya " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah SWT pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungaNya: Imam yang adil, pemuda yang dibesarkan dalam beribadat kepada Allah, orang yang hatinya selalu rindu pada masjid, dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah. Seorang lelaki yang diajak berzina oleh wanita bangsawan dan rupawan lalu ditolaknya dengan ucapan "aku takut kepada Allah", seorang yang bersedekah yang dirahsiakan sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang dilakukan oleh tangan kanannya dan akhir sekali seorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan menyendiri lalu menitiskan air matanya".

Tangisan Kerana Bimbang Terputusnya Rahmat Allah SWT

Suatu hal yang menyedihkan dan amat dikhuatiri oleh orang-orang yang beriman adalah terputusnya rahmat kebajikan dan rahmat Allah SWT. Apabila keadaan ini berlaku ianya boleh merobohkan suasana hati dan perasaan sehingga menjadi sedih dan terharu.
Sebagai contoh pada suatu hari sesudah Rasulullah SAW wafat Abu Bakar r.a mengajak Umar r.a kerumah Ummu Aiman seperti mana Rasulullah SAW semasa hayatnya sering menziarahinya. Ketika sampai dirumah Ummu Aiman, tiba-tiba Ummu Aiman menangis. Kedua-duanya bertanya, " Apakah yang menyebabkan kamu menangis"? Tidakkah engkau tahu bahawa yang tersedia disisi Allah untuk Rasulullah jauh lebih baik. "Ummu Aiman menjawab, " Aku tidak menangis kerana itu melainkan kerana wahyu dari langit telah terputus (terhenti) " kata-kata Ummu Aiman itu ternyata mengharukan Abu Bakar dan Umar, lalu kedua-duanya turut menangis.

Tangisan Apabila Menemukan Kebenaran

Adakalanya air mata seseorang itu akan menitis apabila ia menemukan kebenaran setelah sekian lama hanyut dalam kesesatan. Orang sebegini tanpa segan silu akan menangis dan tangisannya bukan kerana rasa sedih tetapi kerana terlalu gembira dengan penemuan itu. Sebagai contoh hal ini pernah terjadi kepada segolongan pendeta apabila mengetahui Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah SAW merupakan kebenaran dari Allah SWT seperti firmannya dalam Surah Al -Maidah ayat 83-84.

Maksudnya: "Dan apabila mereka itu(segolongan pendeta) mendengar apa-apa yang diturunkan kepada Rasul, engkau akan lihat mereka menitiskan air matanya, lantaran mengetahui kebenaran(seraya) mereka berkata "Hai Tuhan Kami! Kami telah beriman. Oleh kerana itu catatlah kami dalam golongan orang-orang yang menyaksikan. Dan tidak patut kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran yang datang kepada kami, pada hal ini kami ingin supaya Tuhan kami memasukkan kami bersama kaum-kaum yang soleh." Kesimpulan
Berdasarkan huraian diatas jelaslah tangisan yang positif mempunyai keutamaan disisi Islam sehinggakan tangisan seumpama itu boleh mendatangkan manfaat. Ini kerana orang yang menitiskan air mata kerana Allah, sebenarnya merupakan orang yang cukup tinggi rasa keimanan dan takwanya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi bermaksud "Kami datang kepada Rasulullah SAW sedang baginda menunaikan solat. Maka terdengar nafas tangisnya bagaikan suara air mendidih dalam bejana"
S
ebagai kesimpulan, marilah kita renungi kata-kata seorang ulama tentang kemuliaan tangisan yang positif. Katanya: "Sucikanlah empat perkara pada setiap masa: pertama cucilah wajahmu dengan air matamu, kedua cucilah lidahmu dengan berzikir kepad Allah, ketiga cucilah hatimu dengan rasa takut kepada Tuhanmu dan akhir sekali cucilah dosa-dosamu dengan bertaubat kepada Allah"

Sumber Jabatan Mufti Negeri Selangor
Link

Friday, July 24, 2009

Contoh Learning Journal

Pelajar-pelajar semua,

Berikut disertakan contoh Learning Journal yang baik. Tema-tema pengajaran digabungjalin dan disulami dengan rempah ratus kehidupan membuatkan pembaca rasa tertarik sebab ianya menarik. Nama yang ada dalam LJ ini telah saya tukar (nama Mahani adalah rekaan semata, sebenarnya ialah salah seorang daripada anda), tapi kalau penulis LJ ini nak isytiharkan diri, boleh juga, guna saja ruang komen.

AZM

Kelas hari ini merupakan kelasku yang pertama. Manakan tidak, baru sahaja aku bersama Mahani mendaftar kursus Pengurusan Emosi. Masuk sahaja dewan kuliah, sudah ramai yang hadir. Kami lewat, kebingungan. Lihat sahaja slide kuliah di hadapan, aku bertambah bingung, tak tahu apa yang sedang diajar Pensyarah. Di saat itu, air mukaku jelas menampakkan kerisauan gara-gara kurang memahami isi kandungan pengajaran hari itu. Hal ini disedari oleh sahabatku, lantas aku ditegur. Sebenarnya, riak mukaku tadi amat bertepatan dengan Theory Of Emotion (TOE) oleh Darwin, yang mana menyatakan bahawa, riak muka menggambarkan emosi. Kali ini aku cuba lebih menumpukan perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah. Kami seterusnya dijelaskan mengenai emosi primari, yang mana ianya merupakan sesuatu yang bersifat semulajadi, dan universal. Memang, kuakui bahawa perasaan tidak boleh dibuat-buat. Ianya datang secara semulajadi, sama seperti yang kualami, perasaan marah yang teramat sangat. Namun, aku percaya bahawa emosi yang seumpama ini mampu untuk ditangani.

Kuimbas semula, dari pagi sehingga berlangsungnya kelas pada sebelah petang, terlalu banyak emosi yang kualami. Dari sedih, gembira, marah, sehinggalah gementar, seluruh perasaan ini mengundang pelbagai ekspresi wajahku. Bukan itu sahaja, malah emosi-emosi ini turut merangsang pergerakan fizikalku. Antaranya, disebabkan kelewatan ke kelas, aku menjadi tak tentu arah, agak gementar, lantas pergerakan tadi aku lajukan. Hal ini dijelaskan oleh Plutchik dalam Language Of Emotion. Satu hal lagi yang masih kuingat, terdapat emosi berlawanan bagi emosi-emosi yang tertentu. Biasa lah, jika marah lawannya takut, jika gembira lawannya sedih, dan jika terima lawannya meluat. Perasaan ini memang biasa dirasai oleh manusia normal seperti aku dan rakan-rakan.

Sudah melepasi dua jam pertama, kurasakan mata semakin berat, menandakan rasa mengantuk kian dirasai. Kuteruskan juga mengikuti apa yang disampaikan pensyarah. Sekarang Plutchik mengemukakan empat model emosi, berdasarkan lapan emosi primari. Aku mula keliru memikirkan teori-teori, dan model-model yang dikemukakan. Semakin rumit rasanya, apabila setiap slide yang dipersembahkan, kebanyakannya dibuat dalam Bahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, ada yang menarik perhatianku, yang mana dijelaskan oleh Riak Muka Semulajadi Izard (Izard’s Innate Facial Expression), bahawa wajah gembira manusia, adalah lebih cenderung berbanding riak muka yang menggambarkan ketakutan. Aku kurang bersetuju dengan kenyataan ini, kerana kecenderungan untuk setiap emosi dan juga riak muka adalah bergantung kepada individu berkenaan. Namun begitu, mungkin terdapat peratusan tertentu dalam setiap emosi, serta riak wajah yang dipamerkan.

Sudah hampir masuk ke jam yang ketiga, keinginan untuk meninggalkan dewan kuliah mula berputik. Kubelek jam tangan berulang kali. Emosiku kian membangkit, kurasakan tidak sabar untuk meninggalkan dewan, tetapi kutahan bagi menghormati pensyarah dan juga kuliah yang sedang berlangsung. Memang benar, emosi dapat diatasi dan dikawal. Tambahan pula, aku amat bersetuju dengan pendapat bahawa emosi itu, sebahagiannya dapat dipelajari. Melalui apa yang kualami ketika itu, kukawal emosiku, lantas dapat menghentikan anggota badanku daripada menzahirkan emosi untuk meninggalkan dewan kuliah.

Tiba-tiba kuteringat akan keluarga di rumah. Masing-masing punya emosi yang tersendiri. Ayahku agak panas baran, ibu pula lemah lembut. Kufikir-fikir, mungkinkah emosi yang kualami selama ini, ada dipengaruhi oleh faktor genetik? Mungkin tidak, kerana menurut kajian Miller, emosi yang terbit dari seseorang individu, tidak langsung mempunyai asas biologi, yang mungkin diperturunkan dari satu generasi ke generasi. Aku pasti, emosi yang lahir adalah bersifat semulajadi, tanpa dipengaruhi oleh emosi ibu bapa, mahupun ahli keluarga lain.

Tup! Mejaku diketuk oleh rakan sebelah. Kelas hampir sampai ke hujungnya. Kini kuiz menanti. Mujurlah kali ini kami diberi kuiz untuk dijawab secara berkumpulan. Aku lega tatkala pensyarah memulakan kuiz, kami menjawab dengan penuh yakin, padahal kuliah minggu lepas tidak kami hadiri.

Keputusannya, hanya sebahagian sahaja soalan yang berjaya dijawab dengan betul. Kami pasrah, walaupun rasa agak terkilan kerana tak dapat markah penuh. Hal ini menimbulkan sedikit rasa risau dan takut, memandangkan markah hanya diberi kepada yang mendapat betul semua sahaja. Ini secara tidak langsung mangingatkanku kepada sesi kuliah sebentar tadi, melalui kajian yang dijalankan Albert, rasa takut sebenarnya adalah dipelajari. Sejauh mana kebenarannya, aku juga tak pasti. Kelas hari itu berakhir di situ, setelah pensyarah selesai mengumumkan kumpulan yang mendapat markah bonus, serta menyampaikan taklimat ringkas berkenaan kursus Pengurusan Emosi. Aku pulang dengan keletihan yang jelas terpancar di riak mukaku.

Thursday, July 23, 2009

Realtime Consultation

Facial Expression

Ku Pendam Luka Di Hati

Dalam kuliah semalam saya ada memberi contoh lirik beremosi dari lagu Ku Pendam Luka Di Hati, dinyanyikan oleh Cikgu Sulizi, seorang 'pendikir' terkenal di Kelantan yang juga merupakan bekas pelajar UKM. Perhatikan lirik lagu ini "Hatiku mu cucuk dengan benda tajam, lukannya tak nampak, soyak balik dalam (terkoyak sebelah dalam) ...".

Wednesday, July 22, 2009

Tersilap Masuk Learning Journal

Perhatian kepada pelajar-pelajar berikut:

1. Ng Gen Soon
Learning Journal merujuk kepada topik untuk kuliah kursus ini saja bukan kursus lain. Sila resend. Entri anda tentang komunikasi media akan dipadam dalam masa seminggu.

2. Chai Jat Wei & Lau Sue Yue
Anda berdua silap masuk kan borang LJ, untuk Kemahiran Membuat Keputusan, sila pergi http://zt2263.blogspot.com/ dan isi borang online LJ dari sana. Entri anda juga akan dipadam dalam masa satu minggu

Tuesday, July 21, 2009

Maklumat Tugasan Kursus

Dimaklumkan maklumat tugasan 1 & 2 boleh didapati dengan melayari laman web kursus. Laman web kursus boleh dicapai dengan cara mengklik hyperlink berkaitan yang terdapat pada sebelah kanan blog ini.

Tuesday, January 13, 2009

Rangka Kursus

RANGKA KURSUS ZT2253 PENGURUSAN EMOSI

Sinopsis Kursus

Falsafah Pendidikan Negara menekankan kepada pembangunan insan yang seimbang daripada aspek-aspek jasmani, rohani dan intelektual. Namun demikian, aspek pengurusan emosi jarang diberi perhatian serta penekanan dalam sistem dan proses pengajaran dan pembelajaran di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kursus ini bertujuan memperkemaskan minda dan sikap pelajar bagi menangani perubahan dan cabaran, dengan ketrampilan dari segi kemahiran menguruskan emosi mereka sebagai persediaan untuk hidup dalam masyarakat modenisasi.


Objektif Kursus

Adalah diharapkan pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:

1. Memahami makna dan konsep emosi dan pengurusan emosi dengan lebih sistematik
2. Memahami teori-teori berkaitan emosi dan bagaimana emosi berfungsi dalam kehidupan manusia
3. Memahami dan mengaplikasikan pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
4. Memperolehi kemahiran mengawal dan mengurus emosi diri sendiri dan orang lain bagi meningkatkan hubungan interpersonal.


Kaedah Penyampaian

Kuliah dan kerja berkumpulan


Kaedah Penilaian

Tugasan 1 (individu) : 10%
Tugasan 2 (kumpulan) : 30%
Peperiksaan akhir : 50%
Kehadiran/Penglibatan : 10%


Buku-Buku Rujukan

Coleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. Bantam Book Publishing History: New York

Mohd Azhzar Abd Hamid. (2006). Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi. PTS Publications Sdn Bhd: Pahang

Oatley, K. & Jenkins, J. M. (1996). Understanding Emotions. Cambridge: Cambridge University Press.

Parkinson, B. & Colman, A. M. (1994). Emotion and Motivation. London: Longman


Liputan Kuliah

Kuliah bagi kursus ini akan meliputi topik-topik seperti berikut:
§ Pengenalan: Definisi & konsep asas emosi
§ Ciri, struktur asas dan pengelasan emosi
§ Emosi positif dan emosi negatif
§ Teori fisiologi, kognitif & psikoanalitik mengenai emosi
§ Perubahan emosi dengan rangsangan situasi: Teori Adaptasi Emosi dan Teori Solomon Opponent Process
§ Emosi, ingatan dan pembelajaran
§ Emosi, sikap, motivasi, personaliti dan tingkahlaku
§ Emosi dari perspektif agama-agama
§ Pengenalan pengurusan & kebijaksanaan emosi
§ Pendekatan-pendekatan mengawal dan mengurus emosi
§ Mengurus emosi peringkat individu & keluarga
§ Mengurus emosi peringkat kerja & organisasi

Pensyarah

Encik A Zamri Mansor
Pusat Pengajian Umum
Universiti Kebangsaan Malaysia
Ph: 03-8921 6891
E-mail: azamri-zt2253@yahoogroups.com


Masa Rundingan

Setiap Khamis 10 pagi – 12 tengah hari (untuk masa-masa lain, sila buat temujanji). Pada hari Khamis pertama setiap bulan pensyarah menghadiri mesyuarat bulanan PPU yang dijangka tamat jam 11 pagi.

Sunday, January 11, 2009

Tajuk 2: Struktur Asas Emosi

TAJUK 2: STRUKTUR ASAS EMOSI
Mindmap 2 INTRO TO EMOTION
3 Structure & expression of emotion

Structure and expressions of emotion
Just few basic emotions, called ‘primary emotion’
Innate character of human species
Expressed similarly across cultures
Two broad theories
Evolutionary/biological theories
Learning theories
Mindmap Structure & Expression of Emotion

3.1 Darwin’s basic theory of emotion
A typical satire was the later caricature in Hornet magazine portraying Darwin with an ape body and the bushy beard he grew in 1866.

3.1 Darwin’s basic TOE
A typical satire was the later caricature in Hornet magazine portraying Darwin with an ape body and the bushy beard he grew in 1866.

Darwin’s
Emosi terdiri dari emosi asas – primary emotion
Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993)

Darwin’s
Dalam bukunya, “The Expression of the Emotions in Man and Animals”,
Ekspresi wajah melambangkan emosi (sebab muka adalah yang senang dilihat, bukannya organ lain)
16 soalan tentang emosi kepada 36 bangsa berbeza dan didapati jawapan adalah sama

Primary emotion- Pros & cons

Pros
Nervous system and neural structure capable of mediating few emotions
Have 3 characteristics:
Innate neural substrates
Universal, crossing all cultures
Unique feeling states
Primary emotion- Pros & cons

Cons
No such thing as ‘primary emotion’
Basic elements make up emotion

Example:
Happiness consists of 3 elements
Anxiety, 4 elements, etc.

Primary emotion- Pros & cons
Difficult questions- what are the specific primary emotions?
Woodworth (in 1938) proposed structural system for emotions
Schlosberg (in 1952) further devised a 3D structure of emotion:
pleasantness/ unpleasantness,
attention/rejection,
sleep/attention
Plutchik (1962) developed more complete model

Emosi primari
Emosi primari ini adalah ciri-ciri dalaman manusia yang dialami serta diekspresikan dalam bentuk yang seragam di semua bangsa dan budaya (Kokoszka, 1993)
Kebanyakan teorists i.e.Robert Plutchik, Silvan Tomkins, Caroll Izard and Paul Ekman – emosi primari menerbitkan emosi-emosi lain

Emosi primari
Emosi bersifat adaptif
Kesemua emosi yang wujud adalah kombinasi gabungan antara emosi-emosi primari (Rolls, 1990)

Plutchik’s language of emotion
MindmapPlutchik’s primary emotion theory

Plutchik's ten postulates
Ten postulates:
The concept of emotion is applicable to all evolutionary levels and applies to animals as well as to humans.
Emotions have an evolutionary history and have evolved various forms of expression in different species.
Plutchik's (1980) theory of basic emotions
Emotions served an adaptive role in helping organisms deal with key survival issues posed by the environment.
Despite different forms of expression of emotions in different species, there are certain common elements, or prototype patterns, that can be identified.
There is a small number of basic, primary, or prototype emotions
Plutchik’s (1980) cont’d
All other emotions are mixed or derivative states; that is, they occur as combinations, mixtures, or compounds of the primary emotions.
Primary emotions are hypothetical constructs or idealized states whose properties and characteristics can only be inferred from various kinds of evidence.
Plutchik’s (1980) cont’d
Primary emotions can be conceptualized in terms of pairs of polar opposites.
All emotions vary in their degree of similarity to one another.
Each emotion can exist in varying degrees of intensity or levels of arousal.
Plutchik’s language of emotion

Plutchik’s language of emotion
Emosi boleh digambarkan dalam 3 bahasa yang berbeza:
Subjective language – bahasa subjektif
Behavioral language – bahasa tingkahlaku
Functional language – bahasa fungsian
Fear (subjective language) may lead to escape behavior (behavioral language) and serve the purpose of protecting (functional language).

Subjective language Bahasa Subjektif
Ia adalah bahasa biasa bagi emosi
Contoh: takut, gembira dan sedih

Behavioral language Bahasa Tingkahlaku
Ia merujuk kepada apakah tindakan susulan dari emosi yang telah dirangsang
Contoh:
GEMBIRA – melompat kegirangan, senyum gembira
SEDIH – mengalirkan airmata

Functional languageBahasa fungsian
Ia merujuk kepada fungsi emosi tersebut kepada seseorang.
Ia juga merujuk kepada bagaimana emosi itu berperanan kepada individu
Contoh:
BERANI – memberinya keyakinan
SEDIH – melambangkan akrabnya persahabatan
Plutchik’s basic adaptive reactions

Plutchik’s basic adaptive reactions
Major opposite emotions:
Acceptance/disgust
Fear/anger
Joy/sadness
Surprise/expectancy
Plutchik’s dimensions of emotion
Dimensi emosi
Intensity
Merujuk kepada darjah kekuatan emosi (i.e. dari bahagia kepada gembira)
Similarity
Merujuk kepada hubungan (i.e takut dan sedih lebih dekat berbanding takut dan gembira)
Polarity
Merujuk kepada kekutuban (i.e. benci lawannya suka)

Emosi asas, Lapan
Takut- FEAR
Meluat- DISGUST
Marah - ANGER
Terperanjat - SURPRISE
Gembira - JOY
Sedih - SADNESS
Terima – ACCEPTANCE
Rasa Ingin Tahu - CURIOSITY
Plutchik’s emotion model

The Plutchik Emotion Model
Plutchik identifies 8 primary emotions, shown inside the wheel. Like primary colours, they combine to form additional emotions like those shown outside the wheel.
Plutchik’s 3D model
The wheel is actually just a slice through an emotion solid. Terms at the top of the solid represent maximum level of arousal for each basic dimension. Terror, e.g. is the maximal level on the dimension that includes the less intense of emotion of fear and apprehension.

Plutchik’s 3D model
Pendekatan Dimensi
Donald Fromme & Clayton O’Brien (1982) mencadangkan Kitaran Emosi (Emotion Circle) sebagai alternatif kepada teori Plutchik.
4 dimensi emosi
Dominance-submission
Approach-avoidance
Pleasure-pain
Parasympathetic arousal-sympathetic arousal

3.1 Tomkin’s Facial Feedback Theory
3.1 Tomkin’s Facial Feedback Theory
MindmapTomkin’s Facial Feedback Theory
What causes what?
You smile because you are happy? Or
You feel happy because you are smiling?
Let’s do this- give a real big smile!
Do you feel happier?
Yes, you do, according to Tomkin
Smile makes you happy!
Emotion is primarily facial behavior
Simulasi
Bersama rakan sebelah anda.
Salah seorang buat jenaka, dan seorang mendengar.
Ketawa tak?
Kemudian ..
Cuba buat begini!
Minta kawan buat jenaka sekali lagi, ..
Mana lebih cepat ketawa?
Tanpa pen di mulut?
Bila ada pen di mulut?

Studies supporting FFT
Two studies
Ursula Hess & colleagues (among female undergrads at Univ of Geneva, Switzerland)
Robert Zajonc & colleagues
Studies supporting FFT
Hess’- asked female undergrads to do 3 tasks:
First, to feel 4 emotions (happiness, sadness, anger, and peacefulness)
Second, to form facial expressions without feeling them.
Third, to feel emotions and form the facial expressions
Results: took less time to do the third
Thus, facial feedback facilitated the experience of emotion

Studies supporting FFT
Zajonc’s
A change in the facial muscle produces a specific expression.
Movement of the facial muscle restrict the flow of blood, thereby influencing the warming and cooling of the brain
Cooling the brain = pleasant emotions
Warming = aversive feelings.

Studies supporting FFT
Test of Zajonc’s hypothesis: air was blown into the nasal passages of participants
When the air was warm, subjects experience negative emotions
When it was cool, positive emotions.
Note: although FE generates feeling, a person’s expression at the moment is not a pure indication of an emotion.
Facial expression is an important part of communication, has little to do with internal, emotional feelings.

Izard’s Innate facial expression
Izard’s Innate facial expression
Neural mechanism for FE and perception of expressions are innate
Emotions are innate, learning has minor impact on emotional experience.
Evidences
Newborn’s ‘born to smile’ studies
Cross-cultural studies.
Izard’s Innate facial expression
‘Born to smile’ studies
Presence of emotional expressions at birth, anger & surprise by 5 or 6 months, expression of content by 1st year, and guilt early in 2nd year
Criticism- baby’s smile does not mean he is happy!
Not supported by literatures on newborn studies
Izard’s Innate facial expression
Cross-cultural studies
Ekman’s study in the US, Brazil, Chile, Argentina and Japan.
Showed photos, asked subject to indicate what emotion.
Found high degree of agreement in the 5 different cultures.
Critics: literate society?
Facial Expressions Convey Emotions
Cross-Cultural Studies
Ekman conducted more studies in Borneo and New Guinea, results confirmed.
Scherer & Walbott 1994 reviewed studies of 37 countries and 5 continents
S & W concluded that there is consistent evidence for the cross-cultural stability of emotional response patterns
Ekman: EE is not entirely innate, it is modified by cultural experience
Cross-Cultural Studies
Paul Ekman (1994) menyokong kesejagatan mimik muka dengan emosi
Computerized analysis of facial photos (Pilowsky & Katsikitis, 1994) digunakan dalam kajian-kajian (Ekman, 1971 – di Borneo & New Guinea)
Wajah gembira (95-100%) lebih dominan dikenalpasti dari wajah takut (54-85%), cross culturally
Izard’s Innate facial expression
Scherer & Wallbott (1994) meneliti kajian-kajian meliputi 37 negara dan 5 benua dan mendapati bahawa konsep kesejagatan emosi wajah adalah mantap dan stabil.
Yang berbeza adalah BAGAIMANA emosi itu dialami dan dikawal, bukan pada bagaimana emosi itu dizahirkan.
However, inborn expressions can be modified to some degree by cultural experience.
Learning & experience theories

3 Structure & Expression of Emotion
Learning & experience theories
Role of learning and experience
The biological view of experience
The learning theory view of experience
Learning & experience theories
The biological view of experience
Learning plays a relatively minor role in emotion
Plutchik: emotions are direct expression of genetic potentials of an individual, learning acts to modify them
Matsumoto- studied expression and intensity of emotion in Caucasian, African American, Asian and Hispanics, found basic emotions were the same, but nuances of expression were different.

Learning & experience theories
Izard:
‘each emotion sensitizes the infant to a particular features of the environment’ and facilitates learning
Emotions emerge over the first few months of life to influence behaviour of infants
Innate emotions become individualised by learning and experience
Activators are situations that cause an emotion to be expressed.
Learning & experience theories
Emotion e.g. fear is elicited by different activators in different individuals.
E.g. having a pop-quiz
Activator 1- a disaster
Activator 2- an opportunity to improve grade.
Emotions are innate, their expressions and activations are influenced by learning and emotion.
Learning & experience theories
The learning theory view of experience
All emotions are learned
Miller’s study- fear has no biological basis
Study of rats with electric shocks
Result showed the rats learned the emotion
Albert’s study showed humans can also acquire fear through learning processes
Fear is learned but humans are genetically more prepared to learn to fear some objects rather than others.

Comparisons 1
Comparisons 2