Monday, August 23, 2010

PROPOSAL KUMP.KATARSIS

Tajuk

Perkaitan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Tujuan/soalan kajian

1.      Memenuhi keperluan Kursus ZZZT2253 Pengurusan Emosi.

2.      Melihat hubungan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi.

3.      Mengenalpasti perbezaan jenis personaliti dengan dimensi emosi mengikut jantina dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kampus Bangi.

Rasional

Kehidupan sebagai seorang pelajar universiti sering berhadapan dengan banyak permasalahan yang akan menimbulkan pelbagai emosi. Melalui sikap yang ditonjolkan oleh pelajar tersebut, kita dapat mengetahui bagaimana seseorang meregulasikan emosinya. Sehubungan dengan itu, kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti jenis personaliti dan hubungannnya dengan dimensi-dimensi emosi yang akan ditunjukkan seperti emotional sef-awareness, assertiveness, interpersonal relationship, stress tolerance, impulse control dan happiness.

Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui kaedah survei dengan menggunakan borang soal selidik yang telah diubahsuai daripada Big Five Factors (or Five Factor Model, FFM) dan Baron Emotional Quotient Inventory (Baron EQ-I). Borang soal selidik tersebut terdiri daripada tiga bahagian iaitu :

 

              i.      Bahagian A - Maklumat sosiodemografi responden

            ii.      Bahagian B - Big Five Factors ( Mengukur personaliti responden)

          iii.      Bahagian C - Baron EQ-I (Dimensi emosi)

 

Responden kajian pula terdiri daripada 100 orang pelajar UKM, Bangi iaitu 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan.

 

Aturcara pengumpulan data yang akan dilaksanakan ialah:

1.      Mencari maklumat untuk menentukan tajuk kajian yang akan dilakukan

2.      Mendapatkan inventori yang bersesuaian dengan kajian

3.      Menterjemah inventori tersebut dalam Bahasa Melayu dan memilih item-item yang bersesuaian dengan kajian.

4.      Membina soal selidik

5.      Menyediakan dan menghantar proposal

6.      Mengedarkan borang soal selidik

7.      Mengumpul dan menganalisis borang soal selidik

8.      Menyiapkan dan menghantar laporan.

 

Data-data yang diperoleh daripada responden kajian akan direkodkan dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi. Perisian SPSS versi 16.0 akan digunakan menghasilkan output kajian. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini ialah metod korelasi dan t-test. Metod korelasi digunakan untuk melihat hubungan antara jenis personaliti dengan dimensi emosi. Metod t-test pula digunakan untuk mengalisis pembolehubah jantina. Metod T-test pula digunakan kerana data jantina adalah data jenis nominal dan terdiri daripada 2 kategori sahaja iaitu lelaki dan perempuan. Hasil-hasil output akan diinterpretasi bagi menjelaskan sama ada terdapat perbezaan antara jantina dengan jenis personaliti dan dimensi emosi.

Jangkaan dapatan

Setiap individu akan mempamerkan reaksi emosi yang berbeza walaupun dalam situasi yang sama. Jadi, emosi berguna untuk membezakan personaliti seseorang individu dengan individu yang lain. Contohnya, dalam situasi seperti musim peperiksaan akan menyebabkan seseorang pelajar akan berasa tertekan dan menunjukkan pelbagai reaksi emosi negatif seperti takut dan bimbang. Manakala, bagi sesetengah pelajar yang telah bersedia pula akan berasa tenang sahaja untuk menghadapi peperiksaan.

            Di samping itu, individu yang mempunyai personaliti ekstrovert yang tinggi dan personaliti neurotism yang rendah akan berasa lebih gembira daripada aspek jantina, etnik, umur dan perbezaan demografi. Individu yang mempunyai personaliti neurotism yang tinggi pula lebih bersifat muram, mudah tersentuh, panas baran, cemas, pesimis dan suka merungut. Jadi, individu yang mempunyai personaliti neurotism yang tinggi mengalami emosi yang lebih negatif berbandiung daripada individu yang rendah neurotismnya apabila berhadapan dengan situasi yang tidak menggembirakan. Mereka yang tinggi personaliti persetujuannya (agreeableness) turut mempunyai dimensi emosi yang tinggi dalam kesemua dimensi emosi tersebut kecuali dimensi impulse control.

            Selain itu, aspek jantina pula menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung mempamerkan emosi yang dialami berbanding dengan lelaki. Hal ini disebabkan kebanyakan lelaki tidak suka mempamerkan emosi yang mereka alami. Misalnya, wanita lebih suka menonjolkan emosi-emosi seperti gembira, marah, sedih dan takut. Sebaliknya, secara fisiologi, lelaki lebih mudah mengalami tahap bangkitan emosi yang lebih tinggi, tetapi boleh menyembunyikannya. Kebiasaanya lelaki memilih untuk menyembunyikan emosi yang dialami kerana faktor-faktor tertentu seperti menjaga maruah dan ego yang lebih tinggi berbanding perempuan.

 

 

 

 

No comments: