Tajuk:
Pengurusan Emosi Di Kalangan Kaunselor
Objektif Kajian:
1. Bagaimanakah seorang kaunselor menguruskan emosi tertekan?
2. Apa cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi tersebut?
Rasional:
Untuk mengkaji bagaimana seorang kaunselor yang selalunya cuba untuk menyelesaikan masalah orang lain mengawal emosi tertekan atau tekanan yang dihadapinya sama ada dari masalah dalaman atau luaran.
Kaedah Kajian:
Berjumpa dengan pihak kaunselor dan menemu bual mereka serta merakamkan setiap respons mereka menggunakan alat perakam suara.
Jangkaan Dapatan:
· Kaunselor merupakan orang yang berpengaruh iaitu mempunyai kemahiran dalam aspek mengenal pasti dan menyelesaikan masalah orang awam.
· Diharap kajian ini dapat member satu mekanisma baru kepada masyarakat amnya supaya mereka mengetahui tekanan emosi yang dihadapi oleh pihak kaunselor juga cara mereka menghadapinya.
· Melalui cara ini, diharap masyarakat dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan masing-masing dan mampu untuk mengawal juga mengatasi setiap inci masalah yang dihadapi.
· Mampu mengenal pasti faktor-faktor utama yang menyebabkan emosi manusia khususnya pihak kaunselor mengalami tekanan sama ada ketika waktu kerja, di rumah atau ketika berhadapan dengan orang awam.
No comments:
Post a Comment