Saturday, August 21, 2010

Proposal Kumpulan Apple

 

Tajuk

Hasil daripada perbincangan bersama ahli-ahli kumpulan, kami sebulat suara memilih bagaimana golongan pensyarah menghadapi emosi tertekan sebagai tajuk kajian kami untuk kursus ZZZT2253 kali ini.

Tujuan kajian

Tujuan kajian yang akan kami jalankan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi terperinci mengenai bagaimana para pensyarah menghadapi hari-hari mereka apabila dibelenggu emosi tertekan. Kami juga menfokuskan bagaimana perasaan dan situasi pensyarah semasa berada dalam keadaan tertekan. Disamping itu juga, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat atau dirasai oleh informan kami ketika mereka berada dalam keadaan tertekan.

Rasional

            Rasionalnya kami memilih tajuk ini sebagai kajian kumpulan kami adalah kerana, kami beranggapan bahawa kerjaya pensyarah mereupak bentuk profession sosial yang begitu mencabar dan memerlukan komitmen yang sangat tinggi, kerana pensyarah menggalas tanggungjawab atau amanah yang besar, lebih-lebih lagi dalam menghadapi tuntutan negara dalam melahirkan sumber tenaga manusia yang mahir dan berkelayakan, sesuai dengan keperluan negara pada masa kini. Di samping itu juga, peranan mereka sebagai penasihat kepada siswa dan siswi dalam bidang akademik dan hal ehwal luar pelajar harus juga diutamakan. Selain bergelar pendidik bangsa, pensyarah juga mempunyai komitmen terhadap dirinya sendiri, sebagai contoh, mereka mempunyai kajian mereka sendiri yang ingin diketengahkan untuk mencapai tahap yang telah ditetapkan dalam garis hidup mereka, seperti mencapai tahap pendidikan PhD. Oleh hal yang demikian, kami ingin mengetahui sejauhmana emosi tertekan yang mungkin dialami oleh mereka dalam usaha atau menghadapi karenah-karenah pelajar, bebanan kerja, komitmen diri sendiri, terhadap keluarga mahupun  kepada masyarakat sepanjang bergelar seorang pensyarah yang berwibawa.

Kaedah kajian

            Kaedah kajian utama yang kami gunakan dalam mengumpul hasil dapatan data dalam  merungkai kajian ini adalah melalui kaedah temu bual. Setiap ahli harus mendapatkan seorang informan, iaitu pensyarah untuk ditemu bual. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam temu bual, seorang ahli lagi dijadikan sebagai pembantu, agar segala maklumat yang diberikan oleh informan dapat diambil 100%. Sebelum temu bual dijalankan, kami juga menyediakan soalan-soalan  panduan temu bual (questionnaire) agar ia dapat berjalan dengan lancar. Kami juga mendapatkan surat pengesahan daripada pensyarah pengurusaan emosi untuk menjalankan temu bual terhadap informan kami. Penetapan tarikh untuk di temu bual bersama informan juga telah ditetapkan. Segala alat perakam disediakan sebelum menjalankan temu bual. Kaedah lain yang kami gunakan ialah kaedah perpustakaan, iaitu dapatan mengenai konsep-konsep emosi negatif, tumpuan emosi tekanan dan dapatan-dapatan ilmiah yang lain. Kaedah sampingan melalui internet juga kami gunakan untuk memantapkan lagi kajian yang akan kami lakukan ini.

Jangkaan dapatan

            Jangkaan dapatan yang diperolehi daripada kajian yang kami lakukan ini adalah melalui kajian-kajian lepas yang telah dilakukan. Perbandingan kajian lepas dibandingkan untuk mendapatkan kesimpulan cara pensyarah menghadapi emosi tertekan. Adakah perbandingan yang dilakukan mempunyai persamaan atau pun ada maklumat tambahan yang akan kami perolehi. Selain itu juga, jangkaan dapatan ini diperolehi melalui pendapat-pendapat daripada setiap ahli-ahli kumpulan kami. Kami rangkulkan pendapat-pendapat tersebut dan membuat kesimpulan serta jangkaan-jangkaan yang mungkin mengenai cara pensyrah menangani emosi tertekan tersebut.


No comments: