1. Tajuk: Tajuk yang telah dipilih oleh kumpulan kami adalah "Pengurusan Emosi dalam kalangan Pemimpin Pelajar".
2. Tujuan/soalan kajian: Ingin mengkaji secara mendalam bagaimana seorang pemimpin menguruskan emosi yang dihadapi oleh mereka khususnya apabila mengalami emosi negatif seperti marah, sedih,malu dan tertekan.Selain itu tujuan kajian ini dijalankan adalah mengetahui apakah cabaran yang di hadapi oleh pemimpin pelajar dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana,dengan Kaedah pengurusan emosi yang baik dan sistematik membolehkan seseorang itu hidup lebih tenang dan dapat menghadapi segala cabaran,rintangan dan masalah yang di hadapi dengan baik dan teratur tanpa sebarang tekanan.
3. Rasional: Pemimpin merupakan seorang yang mempunyai banyak komitmen dan tanggungjawab.Hal ini menyebabkan mereka sering mengalami pelbagai jenis emosi khususnya emosi negatif. Rasional kajian ini adalah untuk mengetahui bagaimana seorang Pemimpin mampu mengawal perasaanya dalam setiap tindakan atau keputusan yang diambil.Kemampuan seorang pemimpin untuk memotivasikan anggota bawahannya sangat dipegaruhi oleh kecerdasan emosinya. Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang besar yang perlu di laksanakan dengan sebaik mungkin.Salah satu karakter yang pelu ada pada seseorang pemimpin adalah kemampuannya dalam menguruskan emosi ketika berada dalam keadaan tertekan,dan ketika menghadapi masalah. Tidak di nafikan setiap kepincangan dan masalah yang melanda dalam sesuatu organisasi boleh menyebabkan seseorang pemimpin itu hilang kawalan dan kesabarannya. Oleh itu,pengurusan emosi yang baik,dapat menjadikan emosi seseorang lebih stabil. Hal ini amat penting bagi seseorang pemimpin,ini kerana pemimpin itu merupakan tulang belakang bagi memacu sesebuah organisasi agar lebih maju.
4. Kaedah Kajian: Kaedah kajian yang telah dipilih oleh kumpulan kami iaitu melalui kaedah temubual. Kami memilih kaedah ini kerana melalui kaedah temubual kami boleh bertanyakan dengan lebih mendalam dan lebih jelas bagaimana seseorang pemimpin menguruskan emosi. Dengan kaedah temubual kami dapat bersemuka dengan informan dan memperolehi jawapan secara langsung tentang soalan yang diajukan. Dengan melalui kaedah temubual, kami juga boleh melihat secara langsung bagaimana tingkah laku seseorang yang kami kaji itu. Hal ini adalah kerana, kadang kala tingkah laku seseorang itu mampu untuk menggambarkan karakter sebenar seseorang. Kami turut berpendapat bahawa, dengan kaedah temubual ini, kami boleh mendapat jawapan yang lebih pasti, tanpa ada bias. Dengan itu, sebarang keraguan tentang sesuatu persoalan boleh kami selesaikan pada masa temubual dijalankan.
Jangkaan dapatan/sorotan karya:
1) Melalui pembacaan secara kasar yang telah kami buat melalui buku yang bertajuk "360-Degree Leader(Pemimpin 360-Darjah)", telah disenaraikan beberapa emosi positif yang sering kali dialami oleh para pemimpin, dan diantara emosi tersebut adalah seperti, ketegangan, kekecewaan, ego, tiada kepuasan dalam melakukan pekerjaan dan sebagainya. Di dalam buku terbabit turut disentuh tentang bagaimana seorang pemimpin yang sentiasa sibuk cuba menguruskan emosi sendiri agar sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat tidak dipengaruhi oleh emosi semata-mata.
2) Melalu buku tersebut juga, kami dapat lihat bagaimana seorang pemimpin itu mampu mengekalkan emosi positif dalam diri sendiri. Sebagai contohnya, untuk menguruskan emosi agar sentiasa terkawal, seorang pemimpin pelajar akan cuba untuk mewujudkan hubungan yang baik dengan orang-orang bawahannya. Melalui pandangan secara kasar yang telah kami buat melalui buku tersebut, kami menjadi lebih tertarik untuk mengkaji tentang pengurusan emosi dalam kalangan pemimpin pelajar dengan lebih mendalam. Hal ini adalah kerana, pemimpin pelajar merupakan seorang yang sentiasa ditekan dengan pelbagai tekanan dan masalah yang mampu memberi kesan positif seandainya seseorang pemimpin itu tidak mampu mengawal emosinya.
No comments:
Post a Comment