Saturday, August 21, 2010

Proposal Kumpulan Joy

CADANGAN KAJIAN


Tajuk

Tajuk kajian yang akan dijalankan oleh kami ialah Pengurusan Emosi Dalam Kalangan  Pelajar Fakulti Undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

Tujuan Kajian

Terdapat 2 tujuan utama kami menjalankan kajian ini, iaitu:

1.      Untuk mengenalpasti bagaimana pelajar tahun 2 Fakulti Undang-undang menguruskan emosi marah.

2.      Apakah masalah atau cabaran yang dihadapi oleh pelajar tahun 2 Fakulti Undang-undang dalam menguruskan emosi marah.

 

Rasional

Tajuk ini dipilih kerana kami berpendapat bahawa pelajar tahun 2 Fakulti Undang-undang yang perlu sering menghadapi tekanan dalam pengajian mereka harus mahir mengawal emosi marah mereka. Mereka tidak boleh menzahirkan emosi marah mereka depan orang ramai. Ini adalah sebab mereka perlu menjaga imej mereka sebagai seorang bakal peguam. Pelajar fakulti undang-undang juga perlu mempunyai kemahiran dalam menguruskan emosi marah mereka untuk mengelakkan pemindahan emosi. Oleh itu, mereka dijadikan subjek kajian kumpulan kami.

Emosi marah dipilih kerana ini merupakan emosi yang amat susah untuk dikawal dalam kalangan emosi-emosi negatif. Kemarahan senang dipengaruhi dengan perkara-perkara seperti ketidakadilan. Pelajar Fakulti Undang-undang yang perlu sering berhadapan dengan kes-kes yang meliputi ketidakadilan juga akan berasa marah. Selain itu, kemarahan tidak akan lenyap dengan segera. Seseorang memerlukan satu tempoh masa untuk menghilangkan kemarahan mereka. Setiap orang  juga mempunyai batasan tertentu dalam memendam emosi marah mereka. Oleh itu, emosi marahmerupakan satu emosi yang menarik untuk dikaji kerana setiap orang mengawal kemarahan dengan cara yang berbeza.

 

Kaedah kajian

            Kajian ini akan dibuat berdasarkan sesi temubual dengan informan-informan. Surat pengesahan untuk menjalankan temu bual akan disediakan untuk ditandatangani oleh pensyarah. Kemudian, soalan-soalan temu bual akan disediakan supaya dapat dijadikan panduan untuk sesi temu bual dengan informan. Borang maklumat informan dan boring persetujuan juga akan disediakan. Setiap ahli kumpulan dikehendaki untuk menemu bual seorang informan. Oleh itu, keempat-empat informan akan dihubungi dan masa akan ditetapkan bagi menjalankan sesi temu bual. Kamera akan digunakan untuk merakam sepanjang masa sesi temu bual.

Selepas itu, analisis data akan dilakukan berdasarkan sesi temubual yang telah dijalankan. Maklumat yang telah didapati melalui sesi temubual dengan informan akan dicatatkan dan digunakan untuk analisis. Setiap ahli kumpulan akan menganalisis maklumat dan membuat ulasan untuk informan sendiri sebelum analisis kumpulan dilakukan. Mesyuarat kumpulan akan diadakan untuk menganalisis data secara keseluruhan bagi mendapatkan jawapan yang paling tepat untuk objektif kami.

            Kemudian, hasil analisis akan didokemenkan dan selepas itu hasil kajian kami akan dibentangkan. Kertas kerja pula akan dihantar kepada pensyarah dalam bentuk salinan keras dan lembut.

 

Jangkaan Dapatan

Hipotesis kumpulan kami ialah setiap orang akan memendamkan kemarahan mereka sehingga ke satu tahap maxima di mana selepas tahap itu kita akan meluahkan kemarahan dengan menggunakan pelbagai cara. Namun demikian, kita akan mencari pelbagai cara untuk menguruskan emosi dengan baik supaya tidak mencapai tahap itu, cara-cara tersebut termasuklah:

  •          Sukan dan rekreasi

Kebanyakan orang akan menguruskan emosi  negatif mereka melalui sukan dan rekreasi, ini termasuklah pelajar Fakulti Undang-undang. Sukan seperti berenang, bola keranjang, sepak bola, berjoging dikatakan dapat menenangkan fikiran seseorang.

  •          Meluangkan masa bersama kawan

Menjalankan aktiviti bersama kawan akrab seperti membeli belah, makan dan meghadiri pesta membolehkan seseorang mendapat peluang untuk berinteraksi serta meluahkan perasaan kepada kawan mereka.

  •          Agama

Agama menjadi aspek yang penting sebagai panduan pengawalan emosi seseorang. Seseorang akan mengingati ajaran agamanya dalam pengurusan kemarahan.

 

            Kami juga menjangka bahawa pelajar Fakulti Undang-undang akan menhadapi pelbagai cabaran dalam pengurusan kemarahan mereka. Sifat sensitif sesseorang akan menjadikan orang itu sukar untuk menerima kritik daripada orang lain, lalu menimbulkan kemarahan dalam dirinya. Selain itu, jikalau seseorang itu tidak dapat meluahkan kemarahan mereka melalui perkataan, keganasan akan timbul daripada kemarahan. Oleh itu, emosi marah perlu diuruskan dengan sikap yang positif, supaya pelajar tahun 2 Fakulti Undang-undang ini mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengurusan emosi mereka dalam bidang kerja kelak.

No comments: