Monday, August 23, 2010

PROPOSAL KUMPULAN WAT EVA

TAJUK

Pengurusan emosi di kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mengalami ketagihan laman sosial iaitu facebook.


TUJUAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti cara mahasiswa UKM yang mempunyai ketagihan facebook ini menguruskan  emosi mereka dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam menguruskan emosi tersebut.


SOALAN PANDUAN TEMUBUAL

1.      Apakah emosi yang dialami ketika melayari facebook

(contoh- gembira, sedih dan marah)

2.      Bagaimana pelajar-pelajar yang mempunyai tabiat ketagihan facebook ini menguruskan emosi mereka?

a)      Apabila meluahkan perasaan gembira.

b)      Apabila meluahkan perasaan kecewa / sedih.

c)      Apabila meluahkan perasaan marah.

d)     Apabila meluahkan perasaan ingin tahu.

 

3.      Apakah cabaran yang mereka hadapi dalam menguruskan emosi ini?

a)      Apabila terdapat komen yang boleh menggugat emosi mereka pada ketika itu.

b)      Apabila terdapat komen yang boleh menyebabkan mereka berasa malu.

c)      Apabila semua orang mengetahui emosi mereka pada waktu tersebut.

d)     Apabila semua orang berceritakan mengenai masalah mereka dalam facebook --orang lain berceritakan perihal keadaan mereka.


 RASIONAL

Kajian ini perlu dijalankan kerana laman sosial facebook telahpun menjadi satu trend dalam kalangan mahasiswa di Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Ia seolah-olah tidak dapat dipisahkan dengan golongan pelajar di UKM ini. Hampir semua  mahasiswa UKM mempunyai facebook. Oleh itu, kumpulan kami ingin merungkai emosi mereka ketika meluahkan perasaan di dalam facebook ini.

Selain itu, kami ingin mengetahui mengapakah medium facebook yang dijadikan sebagai medium perantaraan untuk meluahkan perasaan, dan bukannya menggunakan cara lain iaitu cara yang lebih tidak menonjolkan emosi kendiri terutamanya emosi negatif kepada orang lain.

Emosi selalunya tidak ditonjolkan, oleh itu kumpulan kami ingin mengetahui mengapa informan-informan kami suka meluahkan emosi mereka pada khalayak ramai.


KAEDAH KAJIAN

Kaedah yang akan kami gunakan ialah menemuramah yang lima orang pelajar UKM yang didapati ketagihan facebook. Terlebih dahulu kami akan menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan cara menguruskan emosi ini dan meminta pensyarah untuk mengesahkan soalan ini terlebih dahulu. Selepas itu, kumpulan kami akan menyediakan surat pengesahan temuramah yang akan ditandatangani oleh pensyarah. Kemudian kami akan menghubungi informan untuk memilih tarikh dan masa yang sesuai untuk ditemubual bagi membantu kami merungkai permasalahan ini. Kami akan menggunakan kamera, telefon bimbit dan videocam untuk merakam perbualan kami. Kami juga akan menugaskan seorang pencatat untuk mencatat setiap butir-butir perbualan kami supaya kajian yang ingin kami lakukan menjadi lebih sahih. Penggunaan sumber internet juga diperlukan untuk mencari jurnal dan untuk mencari maklumat didalam surat khabar secara online yang berkaitan dengan ketagihan facebook.

Selepas itu, setiap penyelidik yeng menemubual informan akan menganalisis temubual yang telah dijalankan. Selepas itu, kesimpulan secara keseluruhan akan dilakukan bagaimana cara informan menguruskan emosi mereka dan cabaran mereka dalam menguruskan emosi.

 

JANGKAAN DAPATAN

Jangkaan dapatan yang mungkin akan kumpulan kami dapat ialah mungkin mahasiswa-mahaisiwa UKM yang gemar melayari laman sosial facebook ini mungkin kerana mereka berasa bosan dan berasa kesunyian terhadap kehidupan seharian mereka. Oleh itu, mereka cuba berkongsi masalah didalam facebook ini.  Menurut statistik, kumpulan saya dapati melalui laman web http://amanz.my/2010/05/pengguna-facebook-di-malaysia-hampiri-angka-7-juta/, hampir 37%  yang berumur 18 hingga 24 tahun yang melayari laman sosial facebook. Pada usia sebegini, kebanyakannya adalah lingkungan umur mahasiswa universiti. Hal inilah yang mendorong sifat inkuiri kami untuk megetahui cara mereka menguruskan emosi apabila melayari laman sosial facebook.

Selain itu, kami menjangkakan bahawa mahasiswa ini seolah-olah tidak mengetahui dimanakah medium yang betul untuk meluahkan perasaan. Kami percaya mereka seolah-olah tidak mudah untuk mempercayai secara telus utuk mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan-rakan mereka tetapi mereka lebih mudah mendapatkan khidmat nasihat secara rambang iaitu apabila ada "rakan" yang  memberi komen terhadap "post" yang mereka lakukan.

 

 

 

 

No comments: