Proposal Kumpulan Amaya
Tajuk :
Pengurusan Emosi dalam kalangan Perantau di UKM Menjelang Hari Lebaran.
Objektif Kajian :
1) Bagaimanakah seorang perantau menguruskan emosi sedih?
2) Apakah antara cabaran yang harus dihadapi bagi menguruskan emosi berkenaan?
Rasional Kajian :
Rasional pertama pemilihan tajuk ini adalah kerana kami tertarik untuk mengkaji sebahagian emosi yang dirasakan ketika menjelangnya lebaran.Disamping bergembira,pasti ada yang menyambutnya dgn hati yang duka.Disini kami ingin mengkaji pengaruh emosi sedih terhadap minda dan fizikal seseorang.Selain itu,kami juga ingin mendedahkan kesedihan yang dialami perantau bagi meneruskan perjuangan sama ada yang mencari ilmu atau pun yang mencari nafkah demi keluarga.Sebahagian besar daripada kita tidak pernah kisah akan perkara ini kerana kita masih berpeluang menyambut lebaran bersama keluarga.Malah,daripada kajian yang bakal kami jalankan ini,kami ingin mempelajari nilai dan etika serta perinsip perantau-perantau ini dalam mengurus emosi sedih yang dirasakan akibat berjauhan dengan yang tersayang.Agar kami dapat mempersiapkan diri untuk lebih cekal sekiranya kami terpakasa berjauhan dengan keluarga satu hari nanti.
Kaedah Kajian :
Kaedah kajian merupakan salah satu cara yang telah dilakukan untuk mendapatkan informasi dari informan mengenai apa yang akan dikaji. Bagi mendapatkan hasil kajian ini kumpulan kami telah menjalankan satu kaedah iaitu temu bual. Pendekatan ini telah di lakukan terhadap beberapa informan kami yang berkaitan dengan tajuk yang dipilih iaitu pengurusan emosi dalam kalangan perantau di UKM menjelang hari lebaran. Antara informan yang bakal temu bual adalah seperti pelajar yang berasal dari Indonesia dan Thailand , pekerja kefeteria dan felo kolej. Satu borang telah di sediakan terlebih dahulu untuk memastikan sama ada informan bersetuju untuk di temu bual. Sekiranya perkara ini sudah jelas dan informan juga bersetuju untuk di temu bual, mereka telah di hubungi oleh kami sebelum sesi temu bual dilakukan untuk menetapkan hari dan waktu yang sesuai. Pada hari dimana sesi temu bual di jalankan, kami telah merakam dan merekodkan setiap minit temu bual bersama informan tersebu melalui kaedah 'note-taking'. Kesemua maklumat-maklumat yang diperolehi daripada sesi temu bual tersebut telah dihasilkan semula dalam bentuk ayat dan ini adalah bertujuan untuk memudahkan lagi penganalisaan data dilakukan. Kesimpulan telah dibuat terhadap apa yang menjawab kepada tujuan kajian ini dilakukan, seperti bagaimana cara yang telah di ambil oleh informan dalam menguruskan emosi serta masalah ataupan cabaran yang di hadapi dalam menguruskannya.
Jangkaan Dapatan :
Sudah menjadi kemestian menjelang Aidilfitri semua anak muda yang berada di perantauan akan pulang ke kampung halaman untuk merayakannya bersama keluarga dan sahabat handai.
Bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, perasaan sayu dan sedih pasti menyelubungi mereka. Bagi menuguruskan emosi tersebut, mereka seharusnya melakukan pelbagai aktiviti dan merayakannya dengan gembira. Menurut pandangan kami, mereka akan melakukan aktiviti yang sering mereka lakukan setiap kali hari lebaran menjelma. Contohnya, memakai baju baru di pagi rayadan melakukan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di masjid. Dengan itu, mereka akan dapat merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri. Seterusnya, mereka boleh berkunjung ke rumah-rumah terbuka yang diadakan oleh sahabat handai pada hari raya. Mereka boleh merasa makanan tempatan yang biasa disediakan pada hari raya dan ini akan sedikit sebanyak mengubat kerinduan di kampung mereka. Hal ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama rakan-rakan dan orang ramai. Satu lagi cara untuk memyambut Aidilfitri ialah meluangkan masa dengan melakukan perkara yang disukai orang ramai seperti menonton wayang. Filem-filem yang menarik pasti menunggu ketika hari raya secara tidak langsung dapat mengelakkan setiap individu tersebut daripada berasa sayu dan sedih. Akhir sekali, yang paling penting dan merupakan satu kewajiban adalah sudah pasti mereka akan berhubung dengan ahli keluarga yang jauh bagi memohon maaf sempana hari lebaran yang mulia ini. Cara-cara demikian dapat mengurangkan rasa sedih dan sedikit sebanyak megubat kerinduan terhadap keluarga tersayang.
Persoalannya sekarang ialah, apakah cabaran yang mereka hadapi apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga tersayang. Emosi yang mereka hadapi semestinya berasa sedih dan tertekan, ini kerana bersama keluarga lagi-lagi ketika menyambut hari lebaran adalah suatu kemestian atau mungkin tidak lengkap jika tidak bersama-sama dengan keluarga. Perasaan sedih apabila tidak dapat bersama keluarga akan dirasai kerana saat semua ahli keluarga berkumpul dan bersalam-salaman, mereka tidak dapat untuk berbuat demikian. Selain itu, mereka juga akan berasa sedih apabila melihat rakan-rakan lain yang begitu teruja berkemas untuk pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta. Cabaran yang seterusnya adalah apabila terpaksa menyambut suasana hari raya yang sama sekali berbeza, tiada lagi gelak tawa ahli keluarga ketika malam raya, makan juadah yang disediakan oleh bonda sendiri pada pagi raya, sesi bergambar seisi keluarga, dan tidak ketinggalan bersalaman memohon maaf sesama ahli keluarga. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan mereka berasa amat sedih dan terkilan menyambut hari mulia ini di perantauan tanpa keluarga mereka.
No comments:
Post a Comment